Thursday, September 1, 2011

perselisihan Ulama (3)

Dalam mengulas tentang konflik percambahan mazhab feqh dalam Islam, terdapat satu olahan yang sangat baik dan di kira sebagai di antara yang paling awal di buat ialah Karya yang di tulis oleh Syeikh Abi al Mawahib Mohammad Ibn Abdul Wahhab As Sya`rani, seorang Ulama Ataba Mesir dalam kitabnya yang di beri nama Al Mizan Al Kubra. 
olahan itu di kira sebagai baik kerana ia cuba memperbetulkan sengketa antara umat Islam yang paling ketaranya tentulah di tengah-tengah kota raya besar Islam iaitu Mesir , ia menyebutkan ada kesilapan pendapat di kalngan ulama-ulama feqh hatta dalam setiap mazhab sesama mazhab itu sendiri sekalipun , dengan cara mengenengahkan prinsip asas Islam yang sangat luhur itu.
Di bahagian conclusen, (penutup), beliau telah menyatakan bahawa ia telah cuba mengumpulkan dalam kitabnya itu beberapa pendapat yang paling tepat di kalangan ulama yang mewakili mazhab-mazhab masing dan mengukur sejauh mana pula ia tepat dan sejajar dengan ruh ajaran Islam itu sendiri. ertinya dalam memberikan ijtihad, terdapat beberapa pendapat yang terkeluar dan perlulah di baiki semula dari dalam secara cermat dan teliti. ia mengharapkan usahanya itu di perhalusi dan di sambung lagi oleh orang Islam yang datang selepas zamannya.

pemikiran ini bermaksud membawa perselisihan feqh kepada peringkat yang lebih matang. memang usaha-usaha ini di lihat pada zaman-zaman selepasnya sebagai sedang bergerak ke arah yang lebih matang sehinggalah ke hari ini. itulah hikmat perselisihan pendapat antara ulama-ulama feqh. Kita boleh memperdalami tentangnya dengan cara membuat perbandingan membezakan antara pendapat yang di keluarkan Ulama di zaman masyarakat Islam kuat dan masyarakat Islam lemah






. ada pengajaran yang sangat baik agar kita menjadi lebih kuat dan bijak bilamana berdepan dengan pelbagai aliran feqh sebegini



No comments:

Post a Comment