saad merupakan salah seorang daripada beberapa orang yang boleh membaca dan menulis , suatu kebolehan yang jarang-jarang di perolehi pada masa itu. Dia juga terkenal dengan kemahiran-kemahiran berperang seperti bermain senjata sambil menunggang kuda dan memanah
Saad Ibn Ubadah Ibn daleem Ibn harithah Ibn Abi Huzaimah di lahirkan dan di besarkan dalam suasana kepimpinan kerana keluarganya terdiri dari pemimpin-pemimpin khazraj yang di segani. Umpamanya, Abdullah Ibn Ubai Ibn Salul, pemimpin munafiqin yang tidak puas hati dengan kehadiran Rasulullah di Madinah, adalah bapa saudaranya. Abdullah ini di kira sebagai pemimpin yang paling tinggi di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah dan amat di segani kerana mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi-Yahudi di Madinah.
saad
Sejarah awalnya tidak banyak di ketahui. Kebanyakan ahli sejarah mula menyebut namanya dalam peristiwa Bai`ah al `Aqabah 1.
Beliau di anggap sebagai orang yang boleh mendamaikan persengketaan antara Arab-Yahudi di Madinah tetapi ramai penduduk Madinah yang tidak berpuas hati kepadanya kerana ia sering kali di lihat berpihak kepada Yahudi. Meskipun ia sendiri dari kalangan Arab Khazraj, tetapi ia di lihat sebagai tidak memihak kepada Arab, perkara ini semakin ketara setelah ia menjadi kaya-raya. Hal ini berlaku kerana hatinya mudah terpengaruh bilamana di hadiahkan dengan harta benda yang banyak oleh peniaga-peniaga Yahudi.
BAI`AH AL `AQABAH
Sebagai pemimpin yang peka dan berusaha mengatasi pergolakan yang berlaku di antara Arab suku Aus dan Khazraj dengan suku-suku Yahudi, ia amat tidak bersetuju dengan bapa saudaranya, Abdullah Ibn salul yang terlalu memberikan keutamaan kepada golongan Yahudi. Bahkan ramai lagi pemimpin-pemimpin yang tidak menyukai bapa saudaranya, yang setia membela kaumnya yang semakin di ancam kedudukannya ole Yahudi.
Golongan yahudi adalah golongan yang datang kemudian, selepas lama suku Aus dan Khazraj mendiami Madinah yang pada masa itu di namakan Yathrib. Maka, yathrib adalah bumi suku Aus dan Khazraj manakala yahudi adalah pendatang. Mereka asalnya penduduk Syam., penghuni bandar perdagangan yang terkenal. Mereka datang berperingkat-peringkat. Mereka meninggalkan Syam akibat penindasan orang-orang Keristian di bawah pemerintahan Rom terhadap orang-orang Yahudi. Mereka telah memulakan kehidupan di Yathrib sebagai buruh kasar di samping berniaga. Akhirnya berniaga menjadi kunci kekayaan dan kekuatan mereka. Suku Auz dan Khazraj merasa cukup bimbang kerana mereka mempunyai keinginan untuk menguasai politik di Yathrib. Campur tangan mereka dalam politik Yathrib dengan menyebabkan perpecahan suku Auz dan Khazraj cukup membimbangkan. Setiap kali apa perkelahian, mereka akan memainkan peranan, mencucuk jarum dan mengapi-ngapikan permusuhan antara satu sama lain,sehingga pertelingkahan tidak akan berakhir melainkan setelah berlakunya peperangan, atau sekurang-kurangnya pembunuhan.
Di masa itu pula, golongan Yahudi menyakini akan muncul Rasul akhir zaman, yang akan membawa kemenangan kepada mereka menewaskan orang-orang Arab. Rasul ini akan muncul tak lama lagi kerana Rasul ini telah di lahirkan lama hampir empat puluh tahun yang lampau. Golongan Yahudi amat bergembira dengan hakikat ini. Kegembiraan ini bukan sahaja mereka bercakap di pasar-pasar atau di tempat-tempat pertemuan mereka sesame sendiri, malahan juga dalam pengajian-pengajian ilmu yang di hadiri juga oleh beberapa pecinta ilmu di kalangan Aus dan Khajraz sendiri. Akhirnya rahsia ini pecah di segenap ceruk Yathrib dan di ketahui oleh seluruh penduduk bandar tersebut.
Dan rahsia ini menjadi sesuatu yang di tunggu-tunggu oleh semua pihak, pendudu Yahudi samada Bani Nadhir, qainuqa` atau Quraidzah dan demikianlah juga penduduk Arab di Yathrib, Auz dan Khazraj.
Di tahun 11 selepas kebangkitan, sebagaimana biasa, apabila tiba musim haji, sebilangan dari penduduk Yathrib telah bertolak ke Mekah untuk mengerjakan ibadat Haji, ibadat yang mereka warisi dari nenek moyang mereka, yang di ajari oleh Nabi Ibrahim, walaupun dengan beberapa penyelewengan dan tokok tambah,
Sewaktu sibuk mengerjakan ibadat haji tersebut, kedengaran seseorang yang menyerukan kepada agama Allah manakala di belakangnya ada pula seorang yang mesdustai setiap ucapannya.
Hal yang sebegini pelik telah menarik perhatian pengunjung haji. Kumpulan yang di bawa oleh Saad dari Yathrib juga menyaksikan hal yang boleh dikira mengaibkan ini. Lantas itu mereka berbincang sesama sendiri bahawa inilah orangnya yang di tunggu-tunggu sepertimana yang telah di khabarkan oleh pendita-pendita Yahudi.
Di dalam menyampaikan dakwah, Rasulullah bukan sahaja menyeru orang ramai kepada Islam, malahan juga menemui pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua kabilah untuk menerangkan tentang Islam. Rasulullah telah menemui kabilah Syaiban,……..tetapi mereka semuanya menolak dakwah Rasulullah. Mereka menolak dengan alasan Rasulullah tidak menjanjikan apa-apa keuntungan harta benda kepada mereka.
BAIAH AL AQABAH
Apabila Rasulullah mengajakkan penduduk dari Yathrib kepada Tawhid, mereka menyatakan kesanggupan mereka untuk menerima dakwah tersebut. Mereka telah meminta agar di adakan satu perjumpaan tertutup dengan Rasulullah SAW.
Kenapa pula perjumpaan itu perlu ? dan kenapa pula perlu di buat secara tertutup?
Perjumpaan tersebut telah di buat pada ---bertempat di -----
Dalam perbincangan itu, -------
.
PERBINCANGAN DI SAQIFAH BANI SAADAH
Setelah berita kewafatan Rasulullah SAWtersebar ke seluruh Madinah, para sahabat telah berkumpul di masjid Nabawi untuk mengziarahi Rasulullah SAW. Setelah mana mereka menziarahi jenazah Rasulullah, golongan ansar telah berhimpun di Saqifah Bani Sa`adah. Perhimpunan tersebut adalah mustahak kerana perbincangannya adalah untuk menentukan siapakah yang menggantikan Rasulullah SAW yang baru wafat itu.
Di sini dapatlah kita bayangkan bahawa pada perkiraan biasa sebagai orang yang mencintai tanah-air , tentulah terlintas di benak fikiran mereka bahawa mereka adalah penduduk asal Madinah, tujuan mereka menjemput Rasulullah SAW pada masa dahulu ialah bertujuan untuk mengurangkan kuasa dan kekuatan Yahudi. Perkara ini telah dapat di selesaikan oleh rasulullah SAW. Bukan sahaja kuasa-kuasa Yahudi itu dapat di kurangkan malahan Yahudi-Yahudi tersebut telah berjaya di halau keluar oleh Rasulullah SAW dari Madinah.
Maka, mereka perlu menjadi pemimpin di Madinah. Itu adalah bumi asal mereka. Orang-orang Muhajirin datang untuk menemani Nabi SAW dan negeri mereka adalah Mekah. Oleh itu, wajarlah perbincangan itu di buat, dan wajarlah mereka melantik seorang ketua yang paling berpengaruh di kalangan mereka sebagai pemimpin di Madinah yang akan menerajui seluruh dunia Islam pada masa itu.
Perbincangan ini perlu di buat segera. Kesimpulannya juga perlu di capai segera. Maka berbincanglah mereka di salah satu tempat yang selalu mereka berkumpul yang mereka namai Saqifah Bani Sa`adah.
Dalam perbincangan itu, terdapat dua cadangan iaitu Saad Ibn Ubadah , ketua kaum Khazraj dan saad Ibn Kaab, ketua kaum Aus . majoritinya menyokong Saad Ibn Ubadah. Memanglah Saad Ibn Ubadah mendapat sokongan yang lebih besar bukan sahaja kerana kaum Khazraj itu lebih kuat dari Aus malahan juga keperibadian saad Ibn Ubadah juga lebih berbanding dengan saudaranya dari Kabilah Aus itu.
Dalam masa mereka berbincang itu, tiba-tiba sampailah Saidina Abu Bakar, Umar dan Saad Ibn Abi Waqqas ke tempat tersebut. Perbincangan yang hangat itu tiba-tiba menjadi sunyi seketika. Kedatangan ketiga tokoh-tokoh besar dari kalangan Muhajirin ini mengejutkan mereka. Mereka bukan sahaja termasuk dalam golongan yang awal-awal menganut Islam malahan mereka juga adalah ahli lembaga mesyuarat Raasulullah SAW. Pandangan-pandangan mereka banyak kali di akui oleh rasulullah SAW dalam peperangan dan juga waktu-waktu damai. Soalnya, siapa pula yang memberi tahu kepada mereka bertiga dan bagaimana pula boleh berlaku mereka bertiga datang serentak
MENINGGAL DUNIA
Di zaman pemerintahan Saidina Abu bakar, beliau telah berpindah ke Hauran dan meninggal pada tahun 635 M- askariyah V4 ms 182
No comments:
Post a Comment