Saturday, February 19, 2011

sej

APAKAH YANG DI KATAKAN TIBB NABAWI?

kedudukan Tibb Nabawi adalah menjadi sandaran kedua kepada semua cabang-cabang perubatan Islam. Ini kerana ia adalah sebahagian dari hadis yang bagi orang Islam mestilah menjadi sumber di guna pakai dan tidak boleh ditolak sekali-kali.

Tibb nabawi adalah merujukkan kepada sebahagian dari hadis Nabi yang memfokuskan kepada perubatan dan rawatan. Secara asasnya, Tibb Nabawi adalah bermaksud apa-apa bentuk perubatan yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada berupa percakapan, perbuatan dan penggunaan bahan-bahan dalam rawatan yang diajar oleh Rasulullah atau tunjuk ajar yang telah dilakukan oleh Baginda atau pengakuan Baginda kepada para sahabatnya.

Tibb Nabawi telah meletakkan asas-asas umum yang sangat penting dan mustahak kepada seluruh umat manusia khususnya dalam bidang kesihatan dan perubatan.

Apa yang telah berlaku pada hari ini dengan tiadanya kajian yang lebih mendalam terhadap saranan-saranan Rasululah SAW tentang perubatan dan kesihatan merupakan satu kerugian yang sangat besar kepada umat Islam. Ini kerana dengan tiadanya kajian tersebut, maka-maka penjagaan itu ialah bilamana asas-asas ini tidak dikembangkan lagi oleh mereka. Tiada kajian-kajian baru yang dibuat untuk menambahkan lagi keupayaannya menyelesaikan masalah kesihatan semasa. Ia dibiarkan berkekalan dalam keadaan kaku, terkongkong dan tidak boleh menerima pembaharuan, perkembangan dan perubahan. Lantaran itulah Tibb nabawi telah dilihat sebagai kaku dan kelu.

Memanglah menjadi sesuatu yang amat salah bilamana seorang itu melihat Tibb Nabawi dalam bentuk yang static. Namun begitu, adalah menjadi satu hakikat yang semestinya diakui oleh kita bahawa sebenarnya kelemahan ini tidak akan dapat dibaiki melainkan bilamana umat Islam sentiasa berterusan membuat kajian untuk menemukan jawapan kepada cabaran semasa menurut apa yang mereka fahami tentang al-Qur`an dan Hadis.

Sebagai contohnya kita boleh melihat beberapa keterangan hadis yang akan kita paparkan kelak. Terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang kegunaan makanan- makanan tertentu kepada manusia seperti sabda Rasulullah yang berkaitan dengan jintan hitam …

Dewasa ini, kita banyak mendengar orang menafikan kegunaan herba-herba lain selain dari habbatus sawda tersebut. Sesetengah mereka ini beranggapan bahawa bahan-bahan yang disebut Nabi secara langsung dan jelas seumpama habbatus sawda ini sahaja yang perlu dimakan untuk merawati semua jenis penyakit dan tidaklah lagi perlu menggunakan bahan lain lagi. Maka diterangkan tentang kegunaan bahan-bahan seperti habbatus sawda yang telah memenuhi kitab-kitab klasik perubatan Islam. Pada zaman pertengahan Islam, jintan hitam telah dimakan dalam bentuk debu yang dicampurkan dengan madu untuk tujuan batuk. Di dalam masyarakat Melayu tradisional pula, jintan hitam telah dicampurkan ke dalam air kelapa untuk tujuan menyejukkan badan.

Setakat itulah sahaja yang mereka fahami. Padahal untuk memahami perkara tersebut dengan cara yang lebih jelas, kita perlu memperdalami kupasan-kupasan mereka yang mahir dalam bidang tersebut.

No comments:

Post a Comment