kegigihan Ulama-ulama Islam dalam perjuangan mereka berdasarkan sudut yang berbagai-bagai memang kadang-kadang memeningkan kepala mereka yang tidak mendalami tentang realiti kehidupan. sesungguhnya dalam realiti kehidupan ini tiada satupun yang sempurna kerana Allah SWT sahajalah yang maha sempurna, Ketidak sempurnaan ini sengaja Allah SWt jadikan sebagai satu ujian kepada mereka supaya setiap manusia berusaha dengan segigih gigihnya untuk mencapai kesempurnaan setakat yang ia mampu sewaktu ia hidup di dunia ini kerana Allah lah yang akan menilai usaha buat mereka setepat-tepatnya setelah mereka mati
kadang-kadang orang yang jahil akan melihat seolah-olah Ulama bertelagah sesama sendiri dalam dalam berbagai perkara contohnya timbulnya feqh empat mazhab dalam persoalan feqh umpamanya. Padahal menurut falsafah ajaran Islam bagaimana boleh berlaku perselisihan tersebut sekiranya ulama-ulama itu benar-benar jujur. Pasti sekali pertelingkahan itu tidak akan berlaku , tetapi oleh kerana kebenaran itu hanyalah milik Allah, maka tiada siapa yang mengetahui hakikat satu satu kebenaran secara mutlak melainkan ia mengetahui berdasarkan apa yang ia pelajari dan temui semata-mata, maka itulah sebabnya berlaku perselisihan-perselisihan tadi. Usaha-usaha mereka tidak akan menjadi sia-sia, akan di nilai oleh Allah. maka Nabi bersabda"Sesiapa yang benar ijtihadnya , ia mendapat dua pahala manakala sesiapa yang silap ijtihadnya , ia mendapat satu pahala."
secara logiknya tentulah kita akan menyoal bahawa semua orang mahu ijtihad yang benar, siapa pula mahu ijtihad yang salah! tiada siapa yang mahu ijtihad yang salah. tetapi dalam realiti kehidupan ini, seseorang yang di taqdirkan datang di awal cerita tidak akan sama dengan orang yang datang di akhir cerita. seorang yang berjuang pada awal perjuangan lalu ia mati, tidak akan sama dengan orang yang mewarisi kejayaan pada akhir jalannya perjuangan tersebut. demikianlah juga perjuangan ulama feqh empat mazhab. ia tidak akan berakhir dengan matinya Imam Hanafi atau Malik dan Shafie itu semata-mata tetapi penilaian-penilaian balik akan di lakukan berterusan oleh Ulama-ulama selepasnya sehingga ke akhir zaman
Maka markah penilaian untuk mereka tidak boleh di nilai oleh sesiapa melainkan Allah lah yang maha bijaksana yang paling tepat penilaiannya. inilah perjalanan perselisihan feqh empat mazhab yang akhirnya di akhir zaman akan menjadi satu mazhab sahaja. maka sesiapa yang sanggup berubah dengan mempersiapkan diri sebagai orang yang sentiasa dengan perkembangan ilmu, mereka akan menjadi orang yang berjaya sebaliknya seorang yang sombong dan melihat apa yang telah di miliki olehnya adalah sudah sempurna tentulah akan terpedaya dengan penyakit-penyakit hati yang sentiasa mudah untuk penuh bersarang di dalam dirinya.
untuk menyedari hakikat di atas marilah kita melihat contohnya perjuangan Syeikh Mohamad Abduh, seorang ulama reformis terkenal di abad lalu, Beliau bukan sahaja bersusah payah menyeru seluruh umat Islam di zamannya agar membebaskan dunia Islam dari penjajah kafir barat, malahan ia juga amat gigih tiada tolak bandingnya telah mengreformkan pendidikan Islam, yang dengan itu membawa satu kejayaan baru yang amat menyegarkan dunia Islam.. Tafsir al Manar dan Tafsir Al Jawahir serta ribuan lagi buku-buku ydan kitab-kitab yang di tulis di zamannya dan zaman-zaman selepas zamannya adalah merupakan ruh tiupan semangat dari pemikirannya, Namun begitu tetap ada satu perkara yang menjadi bahan cemuhan terhadapnya oleh ulama-ulama selepasnya iaitu , ia yang berada di zaman orang Islam lemah dan mundur bukan sahaja dalam sudut politik bahkan juga dalam sudut ekonomi akibat penjajahan telah menggesa umat Islam pada waktu itu agar menyimpan duit di dalam bank. Sekali kita menilai pandangan ini tentulah cantik untuk menguatkan ekonomi orang Islam, tetapi Ulama-Ulama Ekonomi Islam yang bangkit seawal 60 tahun selepas itu telah melihat seruan ini sebagai satu punca baru kelemahan umat Islam yang baru dalam seruan mengembalikan kekuatan orang Islam tersebut. ini kerana bank di dunia Islam pada waktu itu baru di perkenalkan oleh penjajah. polisi yang mengamalkan riba yang di perkenalkan oleh penjajah itu tentulah mengungtungkan penjajah kerana polisi inilah yang berjaya melemahkan sistem dinar yang telah di lama di amalkan dengan penuh berkesan oleh dunia Islam. bilamana sistem wang kertas telah menguasai dunia Islam yang bererti sistem ekonomi dunia Islam telah dapat di kuasai oleh barat kapir sepenuhnya, maka ada hari ini , kerana kecacatan yang ada pada seruan agar menyimpan wang dalam bank Kapir, kita mendengar ada penulis-penulis yang mencemuhnya dan menilai Syeikh Mohamad Abduh sebagai robot atau boneka kepada Lord Cromer, Resident British pada zaman tersebut. bagi saya tuduhan ini amat keras untuk Syeikh Mohamad Abduh. Allah lah yang maha menilainya,
itulah contohnya perselisihan feqah, menjadi berbeza kerana satu daripadanya ialah zaman yang panjang.
bagi saya tiada kesempurnaan bagi manusia. Kesempurnaan itu adalah milik Allah SWT semata-mata.
kita yang datang kemudian perlu belajar lagi dan belajar lagi untuk mencari lebih kesempurnaan supaya dengan itu kita menjadi golongan yang benar menuju kepada Allah
bersambung
Wednesday, August 31, 2011
Thursday, August 25, 2011
Sharif Husein vs King Abdul Aziz
satu perkara menarik yang boleh kita lihat dalam sejarah perkembangan dan pengukuhan Wahabi dalam dunia Islam ialah peranan yang di ,mainkan oleh dua tokoh iaitu Sharif Husein dan King Abdul Aizi/.
Syarif Hussein pada asalnya adalah penguasa Hijaz yang di lantik oleh Uthmaniyyah . ia juga di panggil sebagai khadam dua kota suci kerana mekah dan madinah berada di dalam naungannya. Ia juga di panggil penguasa Mwkah iaiatu satu kota terpenting di dunia islam berada di bawah pemerintahannya.
Pada asalnya, keluarganya yang di katakan berasal dari keturunan Rasulullah SAW telah lama tunduk dan taat setia kepada Utmaniyyah, tetapi kedatangan British telah berjaya menanamkan semnagat nasionalis Arab ke dalam dirinya.Sebagaimana berjayanya Iblis menggoda Nabi Adam, demikianlah British telah berjaya mengumpankannya dalam perlawanan menghancurkan Uthmaniyyah dengan menyatakan bahawa ia (Syarif Husein) lah orang yang paling layak sekali menjadi Khalifah di dunia Islam. bukannya orang Turki. Ini kerana bukan sahaja Nabi di bangkitkan dari bangsa Arab dan Al Quran di turunkan dalam bahasa Arab, bahkan ia sendiri adalah keturunan Rasulullah yang mulia itu. maka ia tentulah lebih mulia dari bangsa Turki untuk menjadi khalifah.
maka dengan dendangan lagu yang begitu seronok kedengaran di teliga, maka lupalah Syiekh ini akan kebodohan dan kebebalan bangsanya yang malas dan kuat berangan-angan itu. Ia menyangka membina kewrajaan itu semudah berangan-angan.
Setelah British melihat ia mula berangan-angan untuk menggantikan khalifah, Britis mula ber
Monday, August 15, 2011
batu-batu permata- mas(5)
Setelah menyebutkan beberapa keterangan dari kitab perubatan jawi lama tentang kegunaan umum yang boleh kita dapati dari batu-batu permata, maka ada orang bertanya bolehkah kita percaya pada batu-batu itu semua? bukankah itu adalah malan golongan jahiliyyah yang di tolak oleh ajaran Islam ?
Wednesday, August 10, 2011
sejarah kemunculan feqh 4 mazhab(1)
dalam senarai sejarah perkembangan mazhab 4 dalam islam, mazhab hanafi telah muncul paling awal sekali. ia muncul di iraq kira-kira seratus tahun selepas hijriyyah. kemunculannya mendahulu yang lain kerana dua faktor iaitu jauh dari madinah yang menjadi sumber ilmu hadis dan faktor yang kedua ialah kerana iraq sendiri adalah gedung perbincangan dan pertembungan ilmu pengetahuan yang di warisi semenjak ratusan tahun di bawah empayar farsi. di situ, masyarakat telah menyedari lebih awal tentang betapa perlunya ilmu tentang asas-asa kepada pembentukan undang-undang dan pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul . Maka Abu Hanifah telah dapat melakarkan kepada pengikut-pengikutnya tentang beberapa perkara kaedah-kaedah asas yang boelh di petik daripada Al Quran yang di namakan qias.
perbincangan tentang qias itu luas sebenarnya, tetapi pada masa itu, terlalu ramai yang salah faham tentangnya. maka muncullah golongan yang menolak kias dengan mengatakan qias itu adalah menggunakan akal . ini menyalahi syarak. mereka ini adalah golongan yang lebih menguasai hadis di madinah. Mereka di ketuai Imam Malik.
walaupun Imam malik tidaklah menolak Abu Hanifah sepenuhnya tetapi pemikirannya yang di dokong oleh murid-muridnya telah membentuk golongan yang kedua yang mengimbangi golongan hanafi.
Imam Shafie pula muncul,ia berasal dari murid Maliki. Ia adalah seorang pelajar yang pintar dan cerdik sehingga dapat menggantikan gurunya sewaktu ketiadaan gurunya. Setelah ia menjadi seorang yang cukup mahir dan berpengalaman di madinah, maka ia mula merasakan ilmunya makin kurang. ada pendapat golongan hanafi yang lazimnya di bangkangnya di lihat sebagai benar bahkan benarnya dalam beberapa sudut adalah lebih benar dari pandangan gurunya Malik. ini menyebabkan ia membuat keputusan untuk menambahkan lagi ilmu dengan cara belajar di Iraq, ia mahu memahami sendiri method pemikiran di tempat yang ia seringkali menolaknya.
di iraq ia mempelajari method Hanafi dengan murid Imam Hanafi yang bernama Abu Yusuf. Ini kerana Abu Hanifah pada waktu itu telah meninggal dunia. hasilnya ia mengarang kitab ar risalah yang di kemudian harinya menjadi model kepada method yang menjawab kenapa pentingnya qioas . risalah ini menggambarkan qias dengan syarat-syarat yang di terima syarat sesungguhnya tidak boleh di tolak sewenang-wenangnya bahakan perlulah di terimanya. ertinya Imam Shafei telah mengendurkan konflik antara Hanafi dan maliki.
pada masa Imam Shafie belajar di Iraq, oleh kerana beliau adalah ulama besar, maka dalam masa yang sama di Iraq iaitu di waktu ia tidak berlajar dengan Abu Yusuf, ramai orang yang datang berlajar hadisdengannya . diantaranya ialah Imam Ahmad Ibn Hanbal.
muncylnya mazhab hanbali adalah rentetann dari konflik dengan ahli rakyi yang telah di bentuk oleh Imam Abu Hanifah
bersambung
sejarah kemunculan gerakan Wahhabi(3)
sejarah pertentangan gerakan Wahabi dengan Uthamaniyyah pada asalnya adalah di sebabkan pembesar-pembesar Uthmaniyyah yang telah leka di ulit kemewahan telah tidakmempedulikan lagi kebajikan penduduk Najd yang hidupdengan susah dan melarat kemiskinan. Mereka lebih suka hidup bergaya dari mempedulikan kesusahan pendudukdi sana. Yang menariknya ialah Uthmaniyyah tetap mengambil pendekatan tarikat sebagai satu pendekatan untuk mengikat umat Islam kepada mereka. Maka dengan mempergunakan ulama-ulama tasauf dan syeikh-syeikh tarikat yang menyerukan kepada zuhud dan fana, umat Islam dapat di kumpulkan untuk panggilan jihad menentang musuh. Jihad Fi Sabilillah adalah satu jambatan menuju ke syurga. Maka mereka yang menyahut seruan Jihad telah bersedia untuk di heret ke syurga, tetapi mereka yang merancang jihad tersebut sebahagian lebih terpesona kepada memperolehi gelaran dan sanjungan berbanding dengan menuju ke syurga .demi untuk menjaga rahsia kekuatan mereka yang yang di make upkan ini, mereka membunga-bungakan segala aktiviti tasauf terutamanya dalam konteks pujaan kepada syeikh-syeikh tariqat yang telah di bela oleh mereka. dari sinilah timbulnya kebencian kepada golongan tarikat oleh golongan wahabiyyah. Golongan Wahabbiyah menolak upacara dan aktiviti bodoh dan tiada sandaran yang di buat oleh golongan tasauf dan mensifatkannya sebagai bid`ah.
Pada asalnya golongan yang mentadbir kawasan-kawasan di mana gerakan Wahhabiyyah membentuk kekuatan mereka adalah golongan tasauf yang di lantik oleh Uthmaniyyah. Mereka adalah dari keturunan Nabi dan kebanyakannya adalah bermazhab Maliki. Ertinya kekuatan terletak pada golongan sharif . maka berlakulah pertembungan dengan mazhab Hanbali yang rata-ratanya adalah terdiri dari badwi-badwi.
pada masa itu, walaupun keluarga Saud yang menjadi tulang belakang kepada gerakan Wahabi, adalah satu cabang kabilah yang sangat kecil , pada masa itu, tetapi oleh kerana ia adalah satu pecahan yang jelas dari keturunan Bani Tamim yang mana ada hadis yang dengan terang dan jelasmenyebutkan akan menjadi penyelamat di akhir zaman, maka seruannya dengan hujah yang sebegitu telah berjaya menarik perhatian umat Islam pada masa itu, apatah lagi mereka menghuraikan bahawa hadis akhir zaman yang menyebutkan akan datang penyelamat dari timur, kampung halaman mereka di dar`iyyah adalah terletak di timur meMekah dan Madinah. Inilah yang menyebabkan mereka berjaya menguatkan dakwah mereka dengan mengahwini puteri-puteri syeikh kabilah mereka berpengaruh. Akhirnya dalam masa beberapa puluh tahun, ia muncul terkenal di Tanah Arab kerana di dokongi oleh kabilah-kabilah yang besar.
Tanpa di sedari oleh golongan syarif yang bermazhab Maliki itu, Gerakan Wahabi yang bermazhab hanbali itu telahsecara senyap-senyap menjadi satu ancaman kepada mereka,
Ketika golongan syarif bersiap sedia untuk menghadapi golongan wahabi, segala-galanya telah terlambat. telah terlambat itu bukanlah kerana golongan syarif itu lama tidur tetapi kerana rancangan halus yang di mainkan oleh British tidak di sedari oleh mereka
Bersambung
Friday, August 5, 2011
sejarah kemunculan gerakan Wahhabi(2)
Kemunculan penjajah Inggeris ke Tanah Arab walaupun di sambut dingin oleh penduduk arab pada awalnya, tetapi dengan bodek dan hadiah-hadiah yang di bawa mereka, akhirnya penghulu-penghulu kabilah Arab dan ketua-ketua mazhab menganggapkan mereka sebagai kawan yang sangat akrab. apa tidaknya,kali pertama berniaga kepada penduduk di negeri padang pasir itu, di bawanya hadian srpasang kasut berek kepada penghulu mereka. kali kedua datang, di bawanya pula hadiah paip cerut rokok yang cantik dan kecil mudah di bawa ke mana-mana, di letakkan saja dalam poket jubah , maka tak perlulah lagi syeikh-syeikh Arab ini memerintahkan khadam-khadamnya mengikatkan shiha dan arang-arang jagungnya itu pada belakang unta . Kali ketiga datang di hadiahkan lagi tali pinggang, datang pula pada kali yang keempat, di sematkan spek mata hitam pada mata Syeikh-syeikh yang sentiasa penuh dengan debu-debu padang pasir itu. datang lagi di bawanya pula topi cap, sehinggakan bila di bawa perempuan-perempuanpun, ramai yang ingin berkahwin dengan perempuan-perempuan tersebut. Al Maklumlah Islam menggalakkan kawin mix. Maka setelah bertahun-tahun lamanya berniaga dan berkawan, maka fahamlah segala wakil-wakil british itu segala seluk beluk konflik kabilah Arab itu. Maka merekapun setelah dapat memastikan siapakah musuh yang perlu di hapuskan untuk pusingan pertama kedua dan ketiga, maka merekapun membawa masuk faham nasionalisne Arab kepada badawi-badawi tersebut.
katanya mereka adalah bangsa mulia, Nabi dari kalangan mereka, Al Quran turun dalam bahasa mereka, Merekalah yang paling layak meminpin dunia, bukannya Uthmaniyyah Turki yang memerintah pada masa itu. maka tentulah bangsa Turki Uthmaniyyah itu tidak layak meminpin kerana tiada Nabi di kalangan Turki. Quran juga turun bukanlah dalam bahasa Turki.
Mendengarkan kata-kata ancuman dari British ini, timbullah keinginan dalam diri mereka angan-angan untuk meminpin dunia sehingga mereka terlupa untuk mencerminkan diri mereka yang pemalas dan suka berbual kosong itu. Kesombongan yang ada pada mereka menjadi semakin bertambah-tambah .
Pada masa itulah penguasa Mekah dan Madinah , Sharif Hussein merasakan dirinyalah yang layak menjadi khalifah . Demikianlah juga keluarga Saud yang menjadi pengikut Syeikh Mohammad Ibn Abdul Wahhab merasakan sudah sewajibnya mereka bangkit menentang Uthmaniyyah biar hancur-sehancurnya.
Dalam perlarungan inilah Keluarga Saud dapat merampas Mekah dan Madinah dari tanga keluarga Sharif. Itupun dengan pertolongan British. British yang mengaturkan segala-galanya termasuk membekalkan senjata kepada mereka berdua.
dengan kejayaan Saud menguasai Mekah dan madinah selepas Perang Dunia pertama, maka Mekah dan madinah pun berpindah tanganlah dari mazhab Maliki kepada mazhab Hanbali iaitulah yang menganut pegangan wahabiyyah ini.
Wednesday, August 3, 2011
sejarah kemunculan gerakan Wahhabi(1)
Tajuk ini merupakan satu perbincangan yang panjang. mungkin saya -insha Allah, sekiranya di izinkan Allah SWT -akan mengambil dua puluh siri atau lebih untuk membincangkan topik ini dari sudut yang berbagai-bagai.
PERTAMANYA
faktor-faktor mazhab selain hanbali yang lebih terkedepan pada zaman Uthmaniyyah menjadi satu sudut yang menarik untuk di bincangkan . Pada masa itu mazhab Hanbali di tinggalkan terkebelakang kerana kebanyakan penganutnya yang menetap di kawasan yang lebih pendalaman berbanding dengan penganut mazhab-mazhab lain yang telah dapat menguasai bandar-bandar besar , tidak dapat mengejar tahap pemikiran rakan-rakan mereka yang bermazhab bukan hanbali. Ramai pendakwah Hanbali juga gagal menarik perhatian umat Islam kepada method mereka termasuklah di Alam Melayu ini.
mazhab Hanafi telah menjadi anutan mazhab super power Kerajaan Uthmaniyyah, Mazhab Maliki menjadi anutan penguasa Hijaz yang sekaligus menguasai mukah dan Madinah, dua bandar suci yang menjadi pusat ibadat dan gedung ilmu bagi umat Islam pada waktu itu. manakala mazhab Shafiepula walaupun tanpa sokongan kuasa utama pada masa itu tetapi menjadi anutan beberapa kerajaan yang kecil termasuk di alam kita . Mazhab Shafie mempunyai pengikut yang paling ramai kerana pemikirannya yang menggabungkan method ahlil hadist dan ahlir raky. Kejayaan ketiga-tiga mazhab ini yang tergolong di kalangan ahlus Sunnah Wal jamaah adalah satu kejayaan besar Kerajaan Uthmaniyyah dan Keluarga Sharif yang menguasai Mekah dan Madinah. Mereka terdiri dari keturunan Rasulullah SAW. mereka telah berjaya mengalah Syiah yang begitu kuat sebelum itu.
malangnya kejayan-kejayaan dan kesenangan-kesenangan ini menjadikan pentadbir-pentadbir di kalangan masyarakat tiga mazhab mula di resapi penyakit cintakan dunia. Ini menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap mereka lebih-lebih lagi Kerajaan Uthmaniyyah sebagai penanung besar kepada mereka semua. Akibatnya dengan kehendak dan kebijaksanaan Allah, Allah telah melahirkan seorang Ulama dari kalangan mazhab Hanbali yang berasal dari kampung pendalaman Tanah Arab. Beliau adalah Syeikh Mohammad Abdul Wahhab. asas ajarannyaialah mazhab pengangannya sedari kecil lagi, mazhab Hanbali. pemikiran yang lebih di minatinya ialah pemikiran Ibn Taimiyyah.
pada pemerhatian saya, inilah petrkara pertama.. sekiranya Allah SWT melahirkan Ulama besar ini di kawasan pusat kota yang terdapat banyaknya pertembungan pemikiran dan terdedah dengan perbagai masaalah seumpama Mesir, Islambul, atau baghdad, saya kita lainlah pula method ajaran Syeikh Mohammad Abdul Wahhab itu.
pertalian terengganu dan darah ulama Fatani
kebanyakan dari mereka mengambil sikap untuk terus menetap di tepi kawasan pengairan (samada Laut China Selatan atau sungai-sungai) dan tidak mahu masuk ke kawasan yang lebih berpendalaman kerana mempunyai niat untuk pulang semula ke Fatani sekiranya dapat menewaskan Siam kelak. Malangnya hal ini tidak pernah berlaku lagi, apatah lagi setelah tahun 1909, Perjanjian British dengan Siam mengubah segala-galanya.
Sebahagian besar sultan-sultan Terengganu, menurut sejarahnya, memang mempunyai darah Ulama-ulama Fatani. Kerana itulah sebahagian dari Ulama Fatani yang turun ke Terengganu akhirnya menjadi orang-orang besar dan rapat dengan sultan Terengganu. Namun begitu ramai juga yang mahu bebas tidak mahu terikat dengan istana. Diantara mereka yang mahu bebas boleh menasihati sultan secara terbuka dan tidak menerima jsebarang jawatan dari Sultan ialah Tok Guru Haji Kadir ini. Walaupun ia di kira sebagai seorang pentadbir kecil di Pasir Panjang, ia lebih senang di panggil Haji Kadir sahaja.
walaupun ia cuba menjauhkan diri dari istana dan membantah beberapa rancangan kerajaan seperti tidak bersetuju kerajaan membuat jalan pusara yang terletak di kawasan perkuburan, Sultan Omar masih berkenan untuk memberikan sisa-sisa istana yang terbakar kepadanya. ia telah menjadikan bekas istana itu sebagai kerangka asal masjid dan sebahagian darinya masih boleh di lihat pada hari ini .
setelah institusi pengajian yang di binanya berjaya, Sultan telah menamakan kampung tempat ia diam itu dengan namanya. lekatlah kampung itu pada hari ini dengan nama Kampung Masjid Haji Kadir Pasir Panjang.
Tuesday, August 2, 2011
terengganu dan hubungannya dengan ulama fatani
seorang moyang saya iaitu Tuan Guru haji Abdul kadir Haji Abdullah, pengasas sisitem pengajian pondok di Masjid kg masjid Hj kadir pasir panjang Kuala Terengganu adalah berasal dari Fatani. menurut ceritanya, ia turun dari sana ke terengganu bersama-sama dengan Tok Guru pondok Losong yang di kenali sebagai Haji mat Shafie Losong. Pada masa itu Terengganu menjadi tempat berlindung Ulama-ulama Fatani yang tewas perang menentang Siam .
sebahagian dari penduduk di sepanjang sungai dan laut seperti Kuala Ibai, Dungun ---pada masa dulu adalah merupakan pelarian-pelarian dari Fatani.
hubungan
Subscribe to:
Comments (Atom)