Wednesday, August 3, 2011

pertalian terengganu dan darah ulama Fatani







kebanyakan dari mereka  mengambil sikap untuk terus menetap di tepi kawasan pengairan (samada Laut China Selatan atau sungai-sungai) dan tidak mahu masuk ke kawasan yang lebih berpendalaman  kerana mempunyai niat untuk pulang semula ke Fatani sekiranya dapat menewaskan Siam kelak. Malangnya hal ini tidak pernah berlaku lagi, apatah lagi setelah tahun 1909, Perjanjian British dengan Siam mengubah segala-galanya.




Sebahagian besar sultan-sultan  Terengganu, menurut sejarahnya,  memang mempunyai darah Ulama-ulama Fatani. Kerana itulah sebahagian dari Ulama Fatani yang turun ke Terengganu akhirnya menjadi orang-orang besar dan rapat dengan sultan Terengganu. Namun begitu ramai juga yang mahu bebas tidak mahu terikat dengan istana. Diantara mereka yang mahu bebas boleh menasihati sultan secara terbuka dan tidak menerima jsebarang jawatan dari Sultan ialah Tok Guru Haji Kadir ini. Walaupun ia di kira sebagai seorang pentadbir kecil di Pasir Panjang, ia lebih senang di panggil Haji Kadir sahaja. 

walaupun ia cuba menjauhkan diri dari istana dan membantah beberapa rancangan kerajaan seperti tidak bersetuju kerajaan membuat jalan pusara yang terletak di kawasan perkuburan,  Sultan Omar masih berkenan untuk memberikan sisa-sisa istana yang terbakar kepadanya. ia telah menjadikan bekas istana itu sebagai kerangka asal masjid dan sebahagian darinya  masih boleh di lihat pada hari ini .


setelah institusi pengajian yang di binanya berjaya, Sultan telah menamakan kampung tempat ia diam itu dengan namanya. lekatlah kampung itu pada hari ini  dengan nama Kampung Masjid Haji Kadir Pasir Panjang.

 

No comments:

Post a Comment