Wednesday, August 3, 2011

sejarah kemunculan gerakan Wahhabi(1)



Tajuk ini merupakan satu perbincangan yang panjang. mungkin saya -insha Allah, sekiranya di izinkan Allah SWT -akan mengambil dua puluh siri atau lebih untuk membincangkan topik ini dari sudut yang berbagai-bagai.


 PERTAMANYA


faktor-faktor mazhab selain hanbali yang lebih terkedepan pada zaman Uthmaniyyah menjadi satu sudut yang menarik untuk di bincangkan . Pada masa itu mazhab Hanbali di tinggalkan terkebelakang kerana kebanyakan penganutnya yang menetap di kawasan yang lebih pendalaman berbanding dengan penganut mazhab-mazhab lain yang telah dapat menguasai bandar-bandar besar , tidak dapat mengejar tahap pemikiran rakan-rakan mereka yang bermazhab bukan hanbali.  Ramai pendakwah Hanbali juga gagal menarik perhatian umat Islam kepada method mereka termasuklah di Alam Melayu ini. 




mazhab Hanafi telah menjadi anutan mazhab super power Kerajaan Uthmaniyyah, Mazhab Maliki menjadi anutan penguasa Hijaz yang sekaligus menguasai mukah dan Madinah, dua bandar suci yang menjadi pusat ibadat dan gedung ilmu bagi umat Islam pada waktu itu. manakala mazhab Shafiepula walaupun tanpa sokongan kuasa utama pada masa itu tetapi  menjadi anutan beberapa kerajaan yang kecil termasuk di alam kita . Mazhab Shafie mempunyai pengikut yang paling ramai kerana pemikirannya yang menggabungkan method ahlil hadist dan ahlir raky.  Kejayaan ketiga-tiga mazhab ini yang tergolong di kalangan ahlus Sunnah Wal jamaah adalah satu kejayaan besar Kerajaan Uthmaniyyah dan Keluarga Sharif yang menguasai Mekah dan Madinah. Mereka terdiri dari keturunan Rasulullah SAW. mereka telah berjaya mengalah Syiah yang begitu kuat sebelum itu.


malangnya kejayan-kejayaan dan  kesenangan-kesenangan  ini menjadikan pentadbir-pentadbir di kalangan masyarakat tiga mazhab   mula di resapi penyakit cintakan dunia. Ini menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap mereka lebih-lebih lagi Kerajaan Uthmaniyyah sebagai penanung besar kepada mereka semua. Akibatnya dengan kehendak dan kebijaksanaan Allah, Allah telah melahirkan seorang Ulama dari kalangan mazhab Hanbali yang berasal dari kampung pendalaman Tanah Arab. Beliau adalah Syeikh Mohammad Abdul Wahhab. asas ajarannyaialah mazhab pengangannya sedari kecil lagi, mazhab Hanbali. pemikiran yang lebih di minatinya ialah pemikiran Ibn Taimiyyah. 




pada pemerhatian saya, inilah petrkara pertama.. sekiranya Allah SWT melahirkan Ulama besar ini di kawasan pusat kota yang terdapat banyaknya pertembungan pemikiran dan  terdedah dengan perbagai masaalah seumpama Mesir, Islambul, atau baghdad, saya kita lainlah pula method ajaran Syeikh Mohammad Abdul Wahhab itu. 









No comments:

Post a Comment