Friday, August 5, 2011

sejarah kemunculan gerakan Wahhabi(2)







Kemunculan penjajah Inggeris ke Tanah Arab walaupun di sambut dingin oleh penduduk arab pada awalnya, tetapi dengan bodek dan hadiah-hadiah yang di bawa mereka, akhirnya penghulu-penghulu kabilah  Arab dan ketua-ketua mazhab  menganggapkan mereka sebagai kawan yang sangat akrab. apa tidaknya,kali pertama berniaga kepada penduduk di negeri padang pasir itu, di bawanya hadian srpasang kasut berek kepada penghulu mereka.  kali kedua datang, di bawanya pula hadiah paip cerut rokok yang cantik dan kecil mudah di bawa ke mana-mana, di letakkan saja dalam poket jubah , maka tak perlulah lagi syeikh-syeikh Arab ini memerintahkan khadam-khadamnya mengikatkan shiha dan arang-arang jagungnya itu pada belakang unta . Kali ketiga datang di hadiahkan lagi tali pinggang, datang pula pada kali yang keempat, di sematkan spek mata hitam pada mata Syeikh-syeikh yang sentiasa penuh dengan debu-debu padang pasir itu. datang lagi di bawanya pula topi cap, sehinggakan bila di bawa perempuan-perempuanpun, ramai yang ingin berkahwin dengan perempuan-perempuan tersebut. Al Maklumlah Islam menggalakkan kawin mix. Maka setelah bertahun-tahun lamanya berniaga dan berkawan, maka fahamlah segala wakil-wakil british itu segala seluk beluk konflik kabilah Arab itu. Maka merekapun setelah dapat memastikan siapakah musuh yang perlu di hapuskan untuk pusingan pertama kedua dan ketiga, maka merekapun membawa masuk faham nasionalisne Arab kepada badawi-badawi tersebut.




katanya mereka adalah bangsa mulia, Nabi dari kalangan mereka, Al Quran turun dalam bahasa mereka, Merekalah yang paling layak meminpin dunia, bukannya Uthmaniyyah Turki yang memerintah pada masa itu. maka tentulah bangsa Turki Uthmaniyyah itu tidak layak meminpin kerana tiada Nabi di kalangan Turki. Quran juga turun bukanlah dalam bahasa Turki. 


Mendengarkan kata-kata ancuman dari British ini, timbullah keinginan dalam diri mereka angan-angan untuk meminpin dunia sehingga mereka terlupa untuk mencerminkan diri mereka yang pemalas dan suka berbual kosong itu. Kesombongan yang ada pada mereka menjadi semakin bertambah-tambah .








Pada masa itulah penguasa Mekah dan Madinah , Sharif Hussein merasakan dirinyalah yang layak menjadi khalifah . Demikianlah juga keluarga Saud yang menjadi pengikut Syeikh Mohammad Ibn Abdul Wahhab merasakan sudah sewajibnya mereka bangkit menentang Uthmaniyyah biar hancur-sehancurnya. 




Dalam perlarungan inilah Keluarga Saud dapat merampas Mekah dan Madinah dari tanga keluarga Sharif. Itupun dengan pertolongan British. British yang mengaturkan segala-galanya termasuk membekalkan senjata kepada mereka berdua. 


dengan kejayaan Saud menguasai Mekah dan madinah selepas Perang Dunia pertama, maka Mekah dan madinah pun berpindah tanganlah dari mazhab Maliki kepada mazhab Hanbali iaitulah yang menganut pegangan wahabiyyah ini. 





No comments:

Post a Comment