Wednesday, August 10, 2011

sejarah kemunculan gerakan Wahhabi(3)





sejarah pertentangan gerakan Wahabi dengan Uthamaniyyah pada asalnya adalah di sebabkan pembesar-pembesar Uthmaniyyah yang telah leka di ulit kemewahan telah  tidakmempedulikan lagi kebajikan penduduk Najd yang hidupdengan susah dan melarat kemiskinan. Mereka lebih suka hidup bergaya dari mempedulikan kesusahan pendudukdi sana. Yang menariknya ialah Uthmaniyyah tetap mengambil pendekatan tarikat sebagai satu pendekatan untuk mengikat umat Islam kepada mereka. Maka dengan mempergunakan ulama-ulama tasauf dan syeikh-syeikh tarikat yang menyerukan kepada zuhud dan fana, umat Islam dapat di kumpulkan untuk panggilan jihad menentang musuh. Jihad Fi Sabilillah adalah satu jambatan menuju ke syurga. Maka mereka yang menyahut seruan Jihad telah bersedia untuk di heret ke syurga, tetapi mereka yang merancang jihad tersebut sebahagian lebih terpesona kepada memperolehi gelaran dan sanjungan berbanding dengan menuju ke syurga .demi untuk menjaga rahsia kekuatan mereka yang yang di make upkan ini, mereka membunga-bungakan segala aktiviti tasauf  terutamanya dalam konteks pujaan kepada syeikh-syeikh tariqat yang telah di bela oleh mereka.  dari sinilah timbulnya kebencian kepada golongan tarikat oleh golongan wahabiyyah. Golongan Wahabbiyah  menolak upacara dan aktiviti bodoh dan tiada sandaran yang di buat oleh golongan tasauf dan mensifatkannya sebagai bid`ah.




Pada asalnya golongan yang mentadbir  kawasan-kawasan di mana gerakan Wahhabiyyah membentuk kekuatan mereka adalah golongan tasauf yang di lantik oleh Uthmaniyyah. Mereka adalah dari keturunan Nabi dan kebanyakannya adalah bermazhab Maliki.  Ertinya kekuatan terletak pada golongan sharif . maka berlakulah pertembungan dengan mazhab Hanbali yang rata-ratanya adalah terdiri dari badwi-badwi. 


pada masa itu, walaupun  keluarga Saud yang menjadi tulang belakang kepada gerakan Wahabi, adalah satu cabang kabilah yang sangat kecil , pada masa itu, tetapi oleh kerana ia adalah satu pecahan yang jelas dari keturunan Bani Tamim yang mana ada hadis yang dengan  terang dan jelasmenyebutkan akan menjadi penyelamat di akhir zaman, maka seruannya dengan hujah yang sebegitu telah berjaya menarik perhatian umat Islam pada masa itu, apatah lagi mereka menghuraikan bahawa hadis akhir zaman yang menyebutkan akan datang penyelamat dari timur, kampung halaman mereka di dar`iyyah adalah terletak di timur meMekah dan Madinah. Inilah yang menyebabkan mereka berjaya menguatkan dakwah mereka dengan mengahwini puteri-puteri syeikh kabilah mereka  berpengaruh. Akhirnya dalam masa beberapa puluh tahun, ia muncul terkenal di Tanah Arab kerana di dokongi oleh kabilah-kabilah yang besar.

Tanpa di sedari oleh golongan syarif yang bermazhab Maliki itu, Gerakan Wahabi yang bermazhab hanbali itu telahsecara senyap-senyap  menjadi satu ancaman kepada mereka,

Ketika golongan syarif bersiap sedia untuk menghadapi golongan wahabi, segala-galanya telah terlambat. telah terlambat itu bukanlah kerana golongan syarif itu lama tidur tetapi kerana rancangan halus yang di mainkan oleh British tidak di sedari oleh mereka 


Bersambung   

No comments:

Post a Comment