Sunday, August 4, 2013

105 SURAH AL FIL


.SURAH AL FIL

Di turunkan di Mekah untuk mengingatkan mereka tentang pertolongan Allah yang telah menyelamatkan mereka daripada serangan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman yang hendak menghancurkan Ka'bah..

Ahli sejarah  menyebutkan bahawa pada suatu masa di zaman dahulu, Najran, satu perkampungan Nasrani di Yaman telah di serang oleh kumpulan Yahudi. Akibat kampong mereka telah hancur berkecai, yang tinggal ialah tompok-tompok darah saudara-saudara yang mati terbunuh, maka orang-orang Nasrani itu telah menemui wakil Rom , ketua kabilah ghassan di Syam untuk meminta pertolongan mereka terutamanya tentera tambahan bagi menentang Yahudi tersebut.   Kabilah itu berjanji akan membantu mereka, tetapi oleh kerana kedudukan mereka jauh dari Yaman, maka ia memaklumkan akan meminta raja habsyah yang letaknya lebih dengan Yaman untuk membantu mereka di Yaman. Raja Habsyah juga beragama Nasrani dan memjadi penyokong kuat kerajaan Rom. Maka pihak Rom Keristian telah menulis sepucuk surat memerintahkan supaya Raja habsyah demi untuk menjaga kedaulatan agama Keristian,  mengajar golongan Yahudi itu secukupnya. Maka raja Habsyahpun menghantarkan satu kumpulan tentera yang kuat dan gagah perkasa di bawah pimpinan seorang panglima muda yang di panggil Abrahah Al Asyram.

Setelah Berjaya menewaskan kumpulan Yahudi itu, maka di daulatkanlah agama Nasrani tersebut. Rupa-rupanya Abrahah mempunyai cita-cita yang besar. Ia ingin menjadi pemerintah yang mempunyai kuasa sendirian dan asing daripada Raja Habsyah. Ia mula menyerang kabilah-kabilah lain sekitar kampong Najran dan menyeru mereka kepada Nasrani.
Setelah ia mendapat tahu bahawa di Mekah, ada terdapat Kaabah yang sentiasa di kunjungi oleh orang Arab setiap tahun, maka timbullah keinginannya untuk memiliki kemasyhuran sepertiitu.  Akhirnya ia membina rumah ibadat Nasrani yang di panggilnya  al Qulais.

Malangnya tiada orang yang ingin pergi ke sana walaupun ia menyediakan berbagai fasaliti yang menyelesakan sesiapa yang mengunjunginya. Maka timbullah rasa cemburu dalam hatinya terhadap Kaabah.
Ia telah memimpin tentera bergajah, tentera yang belum pernah di kenali oleh orang-orang di Semenanjung Tanah Arab waktu itu,  

Beberapa kabilah yang di temui Abrahah di sepanjang perjalanannya menuju ke Mekah dapat di tundukkannya. Sesiapa yang tidak tunduk kepadanya, maka dengan senang sahaja di bunuh oleh Raja Abrahah.
Setibanya di Aqabah, ia telah berkhemah di situ,  mengarahkan pegawainya Aswad Ibn Maqsud supaya memasuki Kaabah, di situ si pegawai ini  menangkap 100 ekor unta yang kebetulan menjadi milik Abdul Muttalib, datuk nabi yang pada waktu itu menjadi pemimpin Utama Mekah. Walaupun penduduk Mekah ini membunuhnya, tetapi setelah mana mendapat tahu bahawa ia di hantar oleh Abrahah yang akan menyerang Kaabah, mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Setelah memperolehi unta tersebut, Abrahah menghantar pegawainya yang bernama Hunnatoh Humairi pula untuk memujuk pemimpin Mekah. Ia berkata: Raja kami datang ke mari ini bukan untuk memerangi kamu. Niat kami hanyalah untuk meruntuhkan Kaabah. Sekiranya kamu tidak menghalang kami. Kami tidak akan membunuh kamu. Setelah itu ia memanggil ketua pemimpin Mekah. Maka Abdul Muttalib memberikan penjelasan: Demi Allah kami tidak berkeinginan untuk memerangi kamu kerana kami memang tidak mampu memerangi kamu. Ini adalah rumah Allah yang terpelihara, di bina oleh Nabi Ibrahim.

Bilamana  Abdul Muttalib bercakap di hadapan Abrahah, ia berkata: Sesungguhnya bagi Kaabah itu ada tuhan yang pasti akan melindunginya.  Sahabat-sahabat Abdul Muttalib yang menjadi ketua kabilah-kabilah lain telah menawarkan Abrahah sepertiga harta kekayaan (penduduk) Tuhamah (Mekah dan kawasan-kawasan sekitarnya) agar raja itu membatalkan niatnya dari meruntuhkan Kaabah.  

Malangnya raja tersebut berkeras untuk meneruskan meruntuhkan Kaabah.  Melihatkan hal ini Abdul Muttalib menyuruh penduduk Mekah supaya keluar dari Mekah dan bersembunyi di lereng-lereng bukit yang berdekatan agar tidak menjadi korban tentera yang besar itu.

Bilamana tiba masa untuk bertolak melancarkan serangan ke atas Kaabah, gajah-gajah tadi tidak mahu bergerak, bilamana Abrahah memaksa gajah-gajah tersebut, datanglah sekumpulan burung berterbangan menuju ke arah tentera tersebut dan menyerang mereka.  Maka binasalah tentera bergajah itu.  

Os9r& ts? y#øx. Ÿ@yèsù y7/u É=»ptõ¾r'Î/ È@Ïÿø9$# ÇÊÈ
1.  Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu Telah bertindak terhadap tentara bergajah[1601]?
Tanpa ada sedikit usahapun daripada kamu atau daripada manusia-manusia lain yang lebih kuat daripada kamu untuk melindungi Kaabah.

Ketika itu kamu wahai penduduk Mekah tidak berbuat apa-apa persiapan kerana memang kamu todak mampu menghadapi mereka secara perlawanan. Kamu amat lemah di hadapan mereka yang kuat. Kamu belum pernah mendengar peperangan menggunakan gajah, telah di gunakan oleh musuh kamu
Bayangkan betapa besarnya golongan yang berlawan dengan persiapan akhirnya tewas dalam perlawanan itu.  Kamu adalah berbeza. Kamu ---

óOs9r& ö@yèøgs ö/èfyøŠx. Îû 9@Î=ôÒs? ÇËÈ
2.  Bukankah dia Telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?
Setelah ia gagal membinasakan Kaabah, ia yang cedera sempat melarikan dirinya ke Yaman semula. Tetapi setelah itu bintang kecemerlangannya mula malap. Ia mati akibat sakit tercedera terkena serangan –setelah itu anak angkat yang di peliharanya menggantikan kedudukannya . malangnbya penggantinya itulah yang telah meruntuhkan al qalais , kerana ia ingin membela Arab. Rupa-rupanya penggantinya ini ingin membalas dendam kerana Abraha telah membunuh bapanya. Ruoa-rupanya Abrahah telah menjadikannya  anak angkat padahal budak itu anak ketua kabilah yang di bunuhnya dulu.

Ÿ@yör&ur öNÍköŽn=tã #·ŽösÛ Ÿ@Î/$t/r& ÇÌÈ
3.  Dan dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,

NÎgÏBös? ;ou$yÚÏt¿2 `ÏiB 9@ŠÅdÚÅ ÇÍÈ öNßgn=yèpgmú 7#óÁyèx. ¥Aqà2ù'¨B ÇÎÈ
4.  Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,
5.  Lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Senjata walaupun kecil, tetapi ia boleh membinakan musuh yang besar. Bisa dan merbahayanya senjata ini, ----

Terselamatnya mekah adalah untuk menjadi persediaan kepada tempat kelahiran baginda dua bulan selepas kejadian tersebut. 

No comments:

Post a Comment