AYAT 71
óOs9urr& (#÷rtt $¯Rr& $uZø)n=yz Nßgs9 $£JÏiB ôMn=ÏJtã !$uZÏ÷r& $VJ»yè÷Rr& ôMßgsù $ygs9 tbqä3Î=»tB ÇÐÊÈ
71.
Dan apakah mereka tidak melihat bahwa Sesungguhnya kami Telah
menciptakan binatang ternak untuk mereka yaitu sebahagian dari apa yang Telah
kami ciptakan dengan kekuasaan kami sendiri, lalu mereka menguasainya?
Allah SWT menjelaskan bahawa diantara nikmatNya kepada
hambanya ialah kejadian binatang ternakan walaupun dengan sifat dan tabiat yang
berbeza-beza antara ayam itik, lembu kambing dan lain-lain lagi, boleh
kendalikan dan di usahakan oleh manusia.
Di samping penternakan binatang-binatang tersebut
memberikan kekayaan kepada mereka, membolehkan mereka menguruskan kehidupan
mereka dengan rezeki yang mereka perolehi, sesungguhnya sifat binatang ternakan
itu adalah sifat dirinya dan sifat keluarganya sendiri, maka bagi seorang
penternak binatang, binatang ternakan peliharaannya boleh mengkayakan kasih sayang. Ia boleh belajar menyuburkan
kasih saying dalam dirinya melalui penjagaan binatang ternakannya daripada mati
atau terkena penyakit .umpamanya manusia yang keras boleh bertukar menjadi amat
cakna melalui merawat kambing yang
sakit. Dengan cara demikian, ia akan memperbaiki sifat kerasnya terhadap
anak-anak dan keluarganya. Itulah satu hikmat kebanyakan nabi-nabi seperti nabi
Musa dan Nabi Mohammad SAW memulakan
kariernya dalam masyarakat dengan menjaga binatang
AYAT 72
$yg»oYù=©9sur öNçlm; $pk÷]ÏJsù öNækâ5qä.u $pk÷]ÏBur tbqè=ä.ù't ÇÐËÈ
72.
Dan kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka; Maka
sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.
HURAIAN
Binatang-binatang pemeliharaan di jinakkan dengan cara
yang berbeza oleh manusia. Orang-orang Terengganu telah menggunakan monyet sebagai
binatang suruhan untuk memetik kelapa. Mereka menjinakkannya melalui cara
meletakkan monyet itu di bawah kangkang mereka bilamana mereka mandi di perigi.
Maka untuk kesenangan mereka, mereka menjadikan rumah monyet itu berdekatan
dengan telaga mereka. Lembu-lembu pula di jinakkan dengan cara di biarkan
berlapar beberapa hari, kemudiannya tuannya datang membawa makanan yang yang
sedap-sedap beserta air garam yang amat di sukainya. Anjing dan kuda pula di
jinakkan dengan cara menggosokkan bahagian bulunya yang ada di lehernya waktu
pagi. Kebanyakan binatang di ajar supaya ia tahu di mana rumahnya dengan cara
di kurung beberapa hari di rumah barunya sebelum di lepas bebas untuk dia
memilih makanan dia sendiri. Maka bila
tiba waktu makan atau waktu senja, tahulah ia bagaimana untuk kembali semula ke
rumahnya walaupun ia telah jauh berjalan
pada waktu siang. Itu semua adalah hikmat dan kesenian yang berbeza-beza
antara satu sama lain. Bahkan dengan latihan dan ajaran, ia boleh di suruh buat
begitu dan begini. monyet boleh di
suruh menjalankan tugas begitu dan begini di dalam sarkas, kuda dan lembu boleh menari bilamana
mendengar alunan muzik tertentu, -- Di samping binatang-binatang itu boleh
mengembirakan hati bukan sahaja manusia yang menternaknya, malahan juga
manusia-manusia lain juga. Ia juga .menghiburkan dan boleh dimakan bahkan ia
juga memberikan keuntungan.
Binatang sama yang berlainan jenis juga mempunyai
perbezaan yang berbagai-bagai. Lembu susu dan lembu daging adalah berbeza
antara satu sama lain. Demikianlah ayam daging dan ayam telur. Demikianlah lagi berbagai-bagai daging
mempunyai khasiat perubatan untuk penyakit-penyakit tertentu. bahkan kambing
gurun yang berwarna hitam adalah berbea dari kambing berwarna lain. Binatang
juga mempunyai kegunaan perubatan yang berbeza untuk rawatan-rawatan yang
berbeza.
Umpamanya unta terkenal sebagai ubat lelah yang paling
mujarrab. Giginya telah menjadi penawar kepada demam panas selama berkurun-kurun lamanya, sewaktu orang
arab belum mengenali hospital yang hebat-hebat seperti yang terdapat di hari
ini, mereka telah lama mengatasi demam panas anak-anak mereka dengan
merendamkan gigi unta, satu bahan yang sangat tidak asing malahan sentiasa
wujud bersama dalam kehidupan
mereka.
AYAT 73
öNçlm;ur $pkÏù ßìÏÿ»oYtB Ü>Í$t±tBur ( xsùr& crãä3ô±o ÇÐÌÈ
73.
Dan mereka memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman. Maka
mengapakah mereka tidak bersyukur?
HURAIAN
Berbagai-bagai daging mempunyai khasiat perubatan untuk
penyakit-penyakit tertentu. Daging kambing , tulang-tulang , susu, lemak dan bulu
di gunakan untuk perbagai tujuan yang berbeza. Demikianlah binatang-binatang
lain juga.
Di sini seolah-olahnya Allah SWT membukakan satu peluang
–kepada orang Islam yang berfikir tentang kekayaan. Lihatlah rahsia surah al
an`am yang ada dalam Al Quran---
Malangnya umat islam dewasa ini lemah dalam pengurusan binatang ternakan malahan
mereka menyerahkan urusan pengendalian binatang tersebut ke tangan bangsa yang tidak Islam.
Allah cukupkan rezeki untuk semua manusia dengan cara dapat
makan daging-daging binatang yang menyukakan dan menyelerakan, dan dapat juga
kekayaan melalui memperniagakan kan binatang tersebut, tetapi sedikit sahaja
manusia yang bersyukur kepada Allah dengan keselesaan yang terdapat pada
binatang itu.
AYAT 74-76
(#räsªB$#ur `ÏB Èbrß «!$# ZpygÏ9#uä öNßg¯=yè©9 crç|ÇZã ÇÐÍÈ w tbqãèÏÜtGó¡t öNèduóÇnS öNèdur öNçlm; ÓYã_ tbrç|ØøtC ÇÐÎÈ xsù Râøts óOßgä9öqs% ¢ $¯RÎ) ãNn=÷ètR $tB crÅ£ã $tBur tbqãZÎ=÷èã ÇÐÏÈ
74. Mereka
mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar mereka mendapat pertolongan.
75.
Berhala-berhala itu tiada dapat menolong mereka; padahal berhala-
berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka.
76. Maka
janganlah Ucapan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang
mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan.
AYAT 74
(#räsªB$#ur `ÏB Èbrß «!$# ZpygÏ9#uä öNßg¯=yè©9 crç|ÇZã ÇÐÍÈ
74.
Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar mereka mendapat pertolongan.
HURAIAN
Syirik di zaman yang lampau telah berlaku dalam bentuk
penyembahan kepada patung berhala yang kaku. Syirik bentuk sebegini masih wujud
kekal sehingga hari ini di beberapa bahagian bumi seperti yang di amalkan oleh
India dan Cina. . Mereka tidak tidak mempunyai sandaran tauhid yang kukuh,
sebab itulah bilamana kita bertanya kepada mereka kenapa mereka menyembah
patung yang kaku, mereka pasti menjawab, itu adalah satu simbolik kepada
menyembahan kepada tuhan yang perkasa.
AYAT 75
w tbqãèÏÜtGó¡t öNèduóÇnS öNèdur öNçlm; ÓYã_ tbrç|ØøtC ÇÐÎÈ
75.
Berhala-berhala itu tiada dapat menolong mereka; padahal berhala-
berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka.
HURAIAN
Allah SWT menjelaskan satu bentuk kesimpulan dari pada
usaha bodoh perbuatan mereka menyembah patung berhala iaitu kepenatan mereka
beribadat kepada berhala-berhala tersebut tentulah tidak menguntungkan apa-apa
bahkan tidak memberikan manfaat langsung kepada mereka kerana berhala-berhala
itu tiada dapat menolong mereka; padahal berhala- berhala itu di buat dan di
jaga oleh mereka
Allah SWT mengajarkan kepada Nabinya berhujah secara
akal kepada kaumnya yang tidak beriman su paya akal yang menjadi neraca
pertimbangan mereka dalam kehidupan sehari-harian tetap juga menjadi neraca
dalam mencari kebenaran dalam pegangan hidup.
AYAT 76
xsù Râøts óOßgä9öqs% ¢ $¯RÎ) ãNn=÷ètR $tB crÅ£ã $tBur tbqãZÎ=÷èã ÇÐÏÈ
76.
Maka janganlah Ucapan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya kami
mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan.
HURAIAN
Allah memujuk RasulNya agar tidak merasa sedih di
dalam berdakwah lantaran kata-kata kesat dan keji yang terang-terangan keluar
dari mulut musuh-musuh yang kafir dan pakatan jahat serta sifat sembunyi dan
pura-pura golongan munafikin yang bersubahat bersama golongan kafir.
Sekaligus dengan itu, pengetahuan Allah yang kekal
meliputi segala-galanya sudah cukup untuk menjadi satu ancaman kepada kedua
golongan yang menolak ajaran Rasullullah SAW.
AYAT 77-80
óOs9urr& tt ß`»|¡RM}$# $¯Rr& çm»oYø)n=yz `ÏB 7pxÿõÜR #sÎ*sù uqèd ÒOÅÁyz ×ûüÎ7B ÇÐÐÈ z>uÑur $oYs9 WxsWtB zÓŤtRur ¼çms)ù=yz ( tA$s% `tB ÄÓ÷Õã zN»sàÏèø9$# }Édur ÒOÏBu ÇÐÑÈ ö@è% $pkÍósã üÏ%©!$# !$ydr't±Sr& tA¨rr& ;o§tB ( uqèdur Èe@ä3Î/ @,ù=yz íOÎ=tæ ÇÐÒÈ Ï%©!$# @yèy_ /ä3s9 z`ÏiB Ìyf¤±9$# Î|Ø÷zF{$# #Y$tR !#sÎ*sù OçFRr& çm÷ZÏiB tbrßÏ%qè? ÇÑÉÈ
77.
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa kami menciptakannya dari setitik
air (mani), Maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!
78. Dan ia
membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata:
"Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang Telah hancur
luluh?"
79. Katakanlah:
"Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. dan
dia Maha mengetahui tentang segala makhluk.
80. Yaitu Tuhan
yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, Maka tiba-tiba kamu nyalakan
(api) dari kayu itu".
AYAT 77
óOs9urr& tt ß`»|¡RM}$# $¯Rr& çm»oYø)n=yz `ÏB 7pxÿõÜR #sÎ*sù uqèd ÒOÅÁyz ×ûüÎ7B ÇÐÐÈ
77.
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa kami menciptakannya dari
setitik air (mani), Maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!
HURAIAN
Contoh ke ---tentang kekuasaan Allah membangkitkan semula
manusia dari matinya ialah kejadian mereka sendiri yang di jadikan dari mani
yang tidak berharga ,bilamana ia jatuh tumpah ke lantai atau ke dinding, ia
akan mati dan menjadi sia-sia, sebaliknya ia hidup bilamana ia jatuh ke dalam
sarangnya, hidup dan berubah rupa dan lagi berubah rupa dan akhirnya berkembang
dan menjadi manusia yang sempurna di dalam janin ibunya. Setelah ia di lahirkan ke dunia, membesar
menjadi tokoh yang hebat, pahlawan atau panglima yang gagah perkasa, yang keras
keinginan dan pendiriannya, ---
Kalau di lihat pada masa itu, tiada di sangka ia dulunya dari
kejadian air yang lemah cepat mati dalam masa beberapa jam sahaja, demikianlah
manusia yang gagah perkasa itu bertukar menjadi tua dan kembali –lemah.
Allah
menyebutkan tentang kejadian manusia di sini supaya kita sentiasa ingat tentang
kekuasaanNya,sekiranya ia lupa tentang kekuasaan Allah yang boleh ia pelajari
dari binatang ternakan sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat terdahulu kerana
ia bukanlah seorang penternak, maka sekurang-kurangnya ia, walaupun bukan
seorang penternak tetapi adalah seorang arkitek yang biasa dengan ukuran dan
garis-garis atau akauntan yang biasa dengan angka kosong sehingga ke Sembilan
atau ahli geologi yang biasa dengan tanah tanih atau sesiapa sahaja,
semestinyalah ingat kepada kejadian dirinya sendiri yang berasal dari air mani,
satu unsur dari dalam dirinya sendiri yang sangat hina itu.
Dari kejadian
manusia yang bermula dengan lemah, ia
kemudiannya menjadi kuat sehingga memperolehi pelbagai gelaran dan sanjungan,
berharta dan berpengaruh, tetapi akhirnya ia tetap akan kembali kepada lemah
walaupun pada waktu itu, ia telah bergelar orang besar, orang kuat atau orang
penting. Demikianlah sunah alam kepada setiap kehidupan. Maka tentulah keadaan
lemah terkulai atau hancur luluh seorang yang telah mati pasti akan tunduk kepada perintah Allah untuk
bangkit semula menerima balasan terhadap apa yang dilakukan oleh masing-masing.
AYAT 78
z>uÑur $oYs9 WxsWtB zÓŤtRur ¼çms)ù=yz ( tA$s% `tB ÄÓ÷Õã zN»sàÏèø9$# }Édur ÒOÏBu ÇÐÑÈ
78.
Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya;
ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang Telah
hancur luluh?"
HURAIAN
Allah menyebutkan lagi tentang penyakit lupa yang
merupakan ibu kepada segala penyakit hati yang darinyalah timbulnya sifat sombong,
takbur, hasad, dengki, dendam,cemburu, ujud dan riyak. (perhatikan ayat 6)
Lantaran hati yang berpenyakit lupalah maka timbulnya
rasa kesombongan untuk mempersoalkan tentang kekuasaan Allah : "Siapakah
yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang Telah hancur luluh?"
Menurut Ulama tafsir, sebab turun ayat ini ialah
berkait dengan cerita Al Walid Ibn Al Mughirah, bapa Khalid yang di kenali
sebagai “Pedang
Allah”
itu, adalah seorang yang sangat kuat berhujah setiap kali berhadapan dengan
Rasulullah SAW , ia mempersoalkan tentang kekuasaan Allah. Ia membawa satu
tulang yang reput kepada nabi lalu ia menghancurkannya . setelah tulang itu
bertukar menjadi debu,ia bertanya kepada Rasulullah SAW: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang
belulang, yang Telah hancur luluh?"
Allah mengajarkan kepada RasulNya supaya jangan
membisu sehingga di sangka lemah oleh mereka. Allah SWT berfirman:
AYAT 79
ö@è% $pkÍósã üÏ%©!$# !$ydr't±Sr& tA¨rr& ;o§tB ( uqèdur Èe@ä3Î/ @,ù=yz íOÎ=tæ ÇÐÒÈ
79.
Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali
yang pertama. dan dia Maha mengetahui tentang segala makhluk.
HURAIAN
Allah mengajarkan NabiNya supaya menjelaskan di
hadapan mereka yang engkar itu dengan tegas dan tidak di sertai oleh rasa
gentar bahawa kudrat Allah mampu menghidupkan kembali makhluk yang telah musnah
kerana ia pernah mengadakan barang yang tidak pernah wujud pada asalnya, di
tukarkan daripada tiada kepada ada.
Keberanian menjelas hujah Tawhid adalah amat mustahak
kepada pendakwah yang menyeru masyarakat kepada Allah. Supaya dengan itu
kebenaran jelas terserlah dalam masyarakat.
Kejinya sifat bungkam kepada pendakwah sehingga membiarkan keraguan-keraguan terhadap Tawhid
menjadi laungan yang hingar bangar dalam masyarakat dapat kita fahami melalui
perintah Allah kepada NabiNya supaya menjawab secara logic supaya akal
orang-orang yang celik d lam masyarakat tersebut dapat bernyala untuk menyuluh
kebenaran Tawhid tersebut.
AYAT 80
Ï%©!$# @yèy_ /ä3s9 z`ÏiB Ìyf¤±9$# Î|Ø÷zF{$# #Y$tR !#sÎ*sù OçFRr& çm÷ZÏiB tbrßÏ%qè? ÇÑÉÈ
80.
Yaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, Maka
tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu".
HURAIAN
Ini adalah contoh terakhir yang boleh kita lihat di bawa oleh
surah Yassin ini. Dalam menerangkan tentang
mengithbatkan kekuasaan Allah yang mampu membangkitkan semula
orang yang sudah mati dan membalas mereka dengan seadil-adilnya, Allah
SWT menerangkan sekali lagi supaya yang jelas itu menjadi lebih jelas lagi bahawa
tanda kekuasaaNya itu terdapat pada makhluknya termasuklah terdapat pada
pokok-pokok hijau. Tenaga api yang mengalir di dalam pokok menjadi satu
daripada bahan yang sememangnya di perlukan oleh setiap badan manusia. Padahal
pokok itu mengambilnya daripada matahari. Api yang tersembunyi di dalam pokok
ubat-ubatan atau herba-herba itu
mengalir dan mencairkan ketulan-ketulan angin yang tersumbat di dalam badan
manusia yang telah mengganggu kesihatan manusia. Dengan pembakaran ini, proses
rawatan berlaku dalam badan manusia dan menyembuhkannya dari penyakit yang di
hidapinya. Rahsia yang telah lama di ketahui manusia ini telah ---penggunaan
herba sebagai bahan rawatan dan kecantikan.
Api yang keluar dari tunbuh-tunbuhan di gunakan sekarang ini
telah mula di gunakan untuk menggerakkan motor, enjin dan mesin-mesin di
kilang-kilang industry yang besar pada hari ini adalah di antara tanda
kekuasaan Allah menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain yang masing-masing
dalam keadaan yang berbeza mempunyai kehebatan tenaga yang berbeza.
Kepelbagaian contoh ini penting kerana manusia itu ada berbagai0bagai.
Masing-masing akan faham berdasarkan bidang masing-masing. Walaupun mereka dungu dalam hal yang bukan
bidang mereka, tetapi jalan terbuka kepada mereka melalui fitrah kepelbagaian
yang menjadi satu rahsia kehidupan yang di ciptakan Allah.
AYAT 81-83
}§øs9urr& Ï%©!$# t,n=y{ ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur AÏ»s)Î/ #n?tã br& t,è=øs Oßgn=÷WÏB 4 4n?t/ uqèdur ß,»¯=yø9$# ÞOÎ=yèø9$# ÇÑÊÈ !$yJ¯RÎ) ÿ¼çnãøBr& !#sÎ) y#ur& $º«øx© br& tAqà)t ¼çms9 `ä. ãbqä3usù ÇÑËÈ z`»ysö6Ý¡sù Ï%©!$# ¾ÍnÏuÎ/ ßNqä3w=tB Èe@ä. &äóÓx« Ïmøs9Î)ur tbqãèy_öè? ÇÑÌÈ
81.
Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa
menciptakan yang serupa dengan itu? benar, dia berkuasa. dan dialah Maha
Pencipta lagi Maha Mengetahui.
82.
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah
Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.
83. Maka Maha
Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan
kepada-Nyalah kamu dikembalikan.
AYAT 81
}§øs9urr& Ï%©!$# t,n=y{ ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur AÏ»s)Î/ #n?tã br& t,è=øs Oßgn=÷WÏB 4 4n?t/ uqèdur ß,»¯=yø9$# ÞOÎ=yèø9$# ÇÑÊÈ
81.
Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa
menciptakan yang serupa dengan itu? benar, dia berkuasa. dan dialah Maha
Pencipta lagi Maha Mengetahui.
HURAIAN
Tujuh contoh yang Allah SWT bawakan iaitu 1) kisah Shohibu
Yassin 2) Bumi yang mati 3) Cakrawala 4) Manusia dan Keturunan 5) Penciptaan
manusia dan alat 6) Kejadian Manusia 7) Pokok Hijau
Adalah menghuraikan tujuh cabang ilmu yang mana bilamana
setiap manusia menceburi bidang-bidang tersebut, maka dengan pengetahuannya
dalam bidang tersebut mampu menyampaikannya kepada suatu kesimpulan bahawa
Allah itu Maha berkuasa membangkitkan semula manusia yang mati.
Todaklah sulit bagi Allah kerana qudratNya yang luas tidak
terhingga itu, memadai dengan Ia memerintahkan jadi , maka jadilah kehendaknya
dengan segera. Ia berfirman:
AYAT 82
!$yJ¯RÎ) ÿ¼çnãøBr& !#sÎ) y#ur& $º«øx© br& tAqà)t ¼çms9 `ä. ãbqä3usù ÇÑËÈ
82.
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah
Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.
HURAIAN
Setelah Allah menerangkan tujuh contoh yang meenghuraikan
tujuh rahsia yang tersembunyi yang akan
di fahami oleh manusia yang mendalami tujuh bidang pengetahuan itu, akhirnya,
Sebelum menutupi surah ini, Allah SWT mendedahkan satu
kesudahan tentang hakikat kesempurnaan
kekuasaanNya iaitu apabila dia menghendaki sesuatu itu berlaku, maka dengan hanyalah
memerintahkan dengan sekali perintah sahaja supaya jadilah, maka terjadilah ia
tanpa ada apa-apa kepenatan atau lelah sekali-kali.
Maha Sempurna Allah, lalu ia mengajarkan kita supaya
memujiNya dengan ia
sendiri menyebutkan ayat :
AYAT 83
z`»ysö6Ý¡sù Ï%©!$# ¾ÍnÏuÎ/ ßNqä3w=tB Èe@ä. &äóÓx« Ïmøs9Î)ur tbqãèy_öè? ÇÑÌÈ
83.
Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu
dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.
HURAIAN
Perkataan (z`»ysö6Ý¡
) yang bermaksud maha suci mempunyai suatu rahsia tersembunyi iaitu
keagunganNya dalam membangkitkan semula manusia yang telah mati itu pastilah
suatu yang menakjubkan. Rahsia ini menjadi rahsia kepada golongan yang beriman,
manakala golongan yang tidak menyedari ini adalah satu rahsia, mereka akan
mengengkarinya. Kerana mereka mengengkarinya , maka hilanglah nilai ( سبحَان ) kepada mereka.
No comments:
Post a Comment