SURAH
NASR
Menurut
ahli tafsir. Surah ini juga di namakan surah taudi`(selamat tinggal) Surah ini adalah surah terakhir di turunkan
Allah iaitu di Mina pada masa rasululah
SAW menunaikan haji wada`( selamat tinggal)
. Ketika turunnya surah ini, beberapa sahabat seperti Saidina abu Bakar,
Umar dan Al Abbas menangis dan berkata: sempurnanya ( ajaran Islam ini membawa
erti tibanya masa (pemergian Rasulullah SAW)
.Ertinya Surah yang mengandungi
tiga ayat sahaja ini di turunkan selepas surah Taubah
#sÎ) uä!$y_ ãóÁtR «!$# ßx÷Gxÿø9$#ur ÇÊÈ
1.
Apabila
Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
Pembukaan yang di maksudkan dalam ayat ini adalah
pembukaan Mekah yang berlaku pada tahun
8H , iaitu setelah –tahun mereka menunggu kemenangan yang lengkap
–Kaabah. Kemenangan ini bererti mengembalikan Mekah yang telah di pesongkan
dengan syirik dan Hawa nafsu kepada semenjak zaman Nadhar ibn Kinanah . Saidina Ali telah di perintah oleh Rasulullah
SAW supaya memecahkan 360 patung-patung berhala yang berada di sekeliling
Kaabah yang telah di bina sedikit demi sedikit semenjak 15 generasi lamanya.
AYAT 2
|M÷r&uur }¨$¨Y9$# cqè=ä{ôt Îû Ç`Ï «!$# %[`#uqøùr& ÇËÈ
2. Dan kamu lihat manusia
masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
HURAIAN
Kisah pembukaan Mekah adalah kisah kemenangan yang
besar. Kalaulah sebelum ini, amat sukar untuk menunggu orang Mekah yang
beriman, dan sekira ada yang beriman, mereka adalah seorang perseorangan secara
individu ataukumpulan yang kecil, tetapi setelah pembukaan Mekah, mereka telah
masuk ke dalam Islam dalam satu kumpulan satu kumpulan yang besar. Kenapa?
Kerana bos dan pembesar-pembesarnya telah masuk Islam.
Abu Sufyan, Khalid Ibn Walid dan `Amru
Ibn al As telah masuk Islam , maka mereka pun menuruti ---Lihatlah ketokohan
yang ada pada ketiga-tiga tokoh ini.
Bandingkan pula dengan semasa sebelum hijrah . bukan main
payah dan sakitnya lagi untuk
mengislamkan seorang . pada waktu itu serasa seperti Islam ini tidak akan Berjaya
untuk selama lamanya . tetapi waktu kejayaan itu bukanlah jauh. Selepas hijrah
segala galanya berubah dan kemenanganpun semakinhampir sehingga hari ini tahun
8 berjaya juga
ôxÎm7|¡sù ÏôJpt¿2 y7În/u çnöÏÿøótGó$#ur 4 ¼çm¯RÎ) tb%2 $R/#§qs? ÇÌÈ
3. Maka bertasbihlah
dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah
Maha Penerima taubat.
HURAIAN
Mereka dilarang membalas dendam terhadap musuh-musuh
yang telah menyakiti mereka ketika mereka terindas di Mekah dahulu, atau musuh semasa Perang
Badar, Uhud, atau Azhab dulu. Mereka di suruh: bertasbihlah dengan memuji
Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya
Kenapa? Apa perlunya istighfar? Apa kesalahan golongan
Muslimin yang baru memperolehi kemenangan dalam peperangan ini sehingga Allah
memerintahkan mereka beristigfar? Minta Ampun dari Allah yang Maha Pengampun.
Tak ada apa salah mereka, hanyalah Allah mengajarkan
semata-mata untuk membersihkan lagi hati dan jiwa raga mereka , supaya dengan
itu kita boleh mempelajari jalannya membersihkan jiwa raga.
Maka setelah mana turunnya ayat ini, maka baginda
sangat banyak mengulangi ungkapan di
bawah: sehinggalah akhir
سُبحَانَ اللهِ وَبِحَمدِهِ وَأَستَغفِرُ اللهَ
العَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيهِ
Maha Suci Allah dan Maha
terpuji Allah dengan sebanyak-banyak pujianNya. Aku meminta ampun dari(Nya)
Allah Yang Maha Agung dan aku memohon taubat dariNya .
Inilah sifat golongan
yang beriman bilamana mereka memperolehi kemenangan. Maka kita pada hari ini, yang mana Pembukaan
Mekah tidak akan berlaku lagi di zaman kita kerana ia telah berlaku, hendaklah
di setiap kali memperolehi kemenangan dan kejayaan dalam satu-satu
pertempuran, tidak sombong, tidak angkuh
dan tidak takbur sebaliknya merendah diri dengan cara bertasbih dan memohon
keampunan dariNya. Sikap sebegini akan menambahkan kekuatan kepada kumpulan
Islam dan lebih menggerunkan kumpulan musuh. Bukannya minum arak, tari menari dan berkaroker
sebagaimana yang banyak berlaku dalam masyarakat Islam pada hari ini.
Kejayaan yang di capai adalah anugerah Allah
sebagai ujian kepada golongan yang memperolehinya. Ujian semasa menang adalah
lebih besar dan sulit dari ujian sewaktu kekalahan. Maka kemenangan itu perlu di terima dengan
rasa penuh tanggung jawab.
Perintah Allah perlulah
di tegakkan di atas bumi Allah, bukannya seperti penjajah yang menjadikan nafsu
sebagai tuhan sebagaimana yang kita dapati dalam lipatan sejarah penjajahan
bumi umat Islam oleh Barat. Mereka membunuh, menyeksa dan memperhambakan
masyarakaat Islam dengan cara yang kejam dan zalim sebagaimana yang telah di
lakukan oleh Amerika terhadap bangsa kulit hitam Islam afrika yang mereka
namakan sebagai Negro itu.
Allah memerintahkan
supaya beristighfar dan bertasbih sebagai pelru awal dan akhir umat Islam. Malangnya hari ini umat Islam begitu takut
kepada zikior dan istighfar. Sekiranya ada kumpulan
yang buat majlis zikir orang pasti bertanya, betul ke amalan dia. Tak sesat ke
? maka bagaimana kah masyarakat Islam boleh jadi kuat.
Di waktu menag di suruh
beristighfar, di waktu lemah macam sekarang ini bagaimana pula yang perlu di
lakukan oleh umat Islam seperti kita hari ini.
Jawabnya lebih lebih lagilah
mesti beristighfar dan bertasbih
.
No comments:
Post a Comment