SURAH YASSIN
Surah Yassin di kenali sebagai hati
Al Quran sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh Rasulullah SAW:
يَس قَلبُ القُرآن
Yassin adalah hati al Qur`an.
Kelebihan surah ini sememangnya
telah di ketahui oleh semua umat Islam
dari seluruh dunia tanpa mengira dari lapisan manakah mereka itu. Orang
Islam telah menggunakan surah ini sebagai senjata menentang musuh-musuh mereka
yang kafir, di antaranya selama ratusan tahun lamanya sepanjang sejarah
penentangan mereka terhadap penjajahan barat. Surah ini juga di jadikan sebagai
penawar kepada kesakitan mereka, dengan berbagai-bagai kaifiat yang di ilhamkan
kepada guru-guru mereka . Ada yang
membawanya sekali, ada pula yang membacanya tujuh kali setiap hari. Ada pula
yang membacanya 44 kali bersama anak beranak atau sahabat handai untuk tujuan
yang tertentu. Ringkasnya ada macam-macam kaifiat yang mereka amalkan. Hal-hal
yang seperti ini –dalam apa keadaan sekalipun- sangat perlu di lakukan oleh
setiap individu Islam dan juga oleh masyarakat Islam. Sekurang-kurangnya ia
menjadi satu didikan yang lebih
praktikal di warisi kepada masyarakat
Islam. Tetapi amatlah tidak memadai
sekiranya surah yang di gelar hati al Quran ini di jadikan tidak lebih dari itu
padahal di sana ada terdapat berbagai-bagai pengajaran dan hikmat yang boleh
membangunkan dan menguatkan ummat Islam. Pengajaran-pengajaran dari surah ini
perlulah di gali dari segenap sudutnya yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Surah ini di turunkan di Mekah.
Topik induk surah ini membicarakan tentang apakah itu asas aqidah yang betul
yang perlu menjadi pegangan setiap manusia yang inginkan kejayaan di dunia dan
akhirat.
Surah ini dimulakan dengan penceritaan
menerangkan tentang Al Quran yang penuh dengan hikmat kepada manusia yang dahagakan
petunjuk Ilahi dalam kehidupannya. Hikmat yang memandukan manusia kepada
petunjuk dan mencelikkan mata mereka kepada kejelekan nafsulah yang menjadi hakikat risalah Nabi Mohammad SAW
yang di utuskan kepada umat manusia yang sentiasa lupa dan lalai ini.
Dalam surah Yasin ini, kita akan
dapati penekanan tentang persoalan
aqidah lebih banyak di buat terutamanya tentang
persoalan kebangkitan semula manusia sesudah mati. Ini dapat kita perhatikan
dalam beberapa ragam ayat yang di bicara dalam surah ini seperti ayat 12, 27,
48 sehingga 49 dan ayat 78 sehingga79.
Dalam surah ini juga, Allah Taala
membawakan kisah manusia yang mendustakan hari kebangkitan. Pendustaan inilah yang
menjadi sebab kepada kebodohan dan kerugian mereka yang terbesar(ayat 8-9). Kisah-kisah
perumpamaan yang tersebut di dalam surah yang sangat mulia ini adalah seperti
kisah Najjar sohibu Yassin( ayat 13-28)
Dalam surah yasin ini juga kita
akan memahami bahawa lupa adalah merupakan ibu kepada segala penyakit hati yang
merupakan punca kepada segala penyakit-pe3nyakit lainnya. Dari penyakit lupa
inilah, tumbuhnya segala penyakit sombong, angkuh, takbur, bongkak, lupa diri,
dendam, cemburu, dengki, ujub, riyak, sum`ah dan segala sifat kesayaitanan yang
mazmumah. Dengan sifat lupa ini jugalah,
manusia menolak aqidah. Lupa yang di maksudkan di sini, bukanlah lupa berapakah
jumlah harta yang di kumpulnya atau dimanakah hartanya di simpankan. Lupa yang
di maksudkan di sini ialah lupa tentang hakikat kejadian dirinya. (Lihat ayat
78) ia lupa bahawa ia telah memberikan suatu janji kepada Allah semenjak di
alam ruh lagi untuk menyerahkan dirinya yang hina dan kerdil itu kepada Allah.
Ia juga lupa untuk menolak syaitan yang menjadi musuh yang sangat nyata kepada
manusia itu. (Lihat ayat 60-61)
Secara lebih detail, ada baiknya
kita memahami bahawa cabang-cabang perbincangan surah ini adalah :
1) Ayat 1-7; hakikat Al Quran
2) Ayat 8-12:golongan yang menolak perkara ghaib
3) Ayat 13-32: Contoh Pertama –kisah Shohibu Yassin
4) Ayat 33-36:Contoh Kedua –Bumi yang mati
5) Ayat 37-40:Contoh Ketiga –Cakrawala
6) Ayat 41-47:contoh Keempat: Manusia dan Keturunan
7) Ayat 48-54:Gambaran hari Kiamat
8) Ayat 55-58: Gambaran Ahli Syurga
9) Ayat 59 dan 62-68: Gambaran golongan yang berdosa
10) Ayat 60-61: manusia di alam ruh
11) Ayat 69: Nabi Mohamad penyampai Al Quran yang benar.
12) Ayat 71: Contoh Kelima: Penciptaan manusia dan alat
13) Ayat 77-79 Contoh Keenam: Kejadian Manusia
14) Ayat 80 Contoh Ketujuh: Pokok Hijau
15) Ayat 81-83 Kesimpulan Allah Mampu membangkitkan semula
manusia-Kembali kepada Kesimpulan Tawhid
Jadi sekiranya kita perhatikan
surah yasin ini, maka fahamlah kita bahawa Allah telah membawakan tujuh contoh
yang menerangkan tentang kekuasaanNya untuk menghidupkan semula manusia yang
mati, membangkitkan mereka dari kubur untuk membalas segala amalan mereka
secara yang penuh adil iaitu:
1) kisah Shohibu Yassin
2) Bumi yang mati
3) Cakrawala
4) Manusia dan Keturunan
5) Penciptaan manusia dan alat
6) Kejadian Manusia
7) tenaga yang tersimpan pada pokok
hijau
Ketujuh-tujuh contoh yang Allah SWT
bawakan dalam surah ini adalah menghuraikan tujuh cabang ilmu utama dalam
masyarakat manusia di dunia ini. Setiap cabang ilmu-ilmu ini, yang bilamana
setiap manusia menceburi bidang-bidang tersebut, maka dengan pengetahuannya
dalam bidang tersebut mampu menyampaikannya kepada suatu kesimpulan bahawa
Allah itu Maha Berkuasa membangkitkan semula manusia yang mati.
Contoh-contoh ini juga sebenarnya
bermaksud menggesa supaya umat Islam sentiasa memperdalami berbagai-bagai
bidang ilmu pengetahuan kerana memperdalami ilmu boleh menyampaikan kepada
rahsia kekuasaan Allah SWT. Ketika surah ini di turunkan kepada penduduk Mekah,fikiran
mereka pada masa itu masih belum dapat melihat lebih jauh terhadap rahsia-rahsia
ciptaan Allah kerana pengetahuan mereka bergantung semata-mata kepada pandangan
mata zahir, , tetapi dengan gesaan-gesaan yang seperti ini telah di sarankan
oleh Al Quran telah menukar dan mengubah mereka menjadi pemimpin umat yang kuat. Contohnya kerajaan Abbasiyyah
telah menerajui dunia dalam lapangan ilmu pengetahuan lebih dari lapan ratus
tahun. Bermula dari pusatnya di Baghdad sehingga berpindah pula ke Mesir,
mereka tetap menerajui dunia dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.
Demikianlah Kerajaan Islam di Sepanyol, kerajaan Uthmaniyyah dan sebagainya
lagi telah memberikan asas-asas pembangunan kepada dunia di masa itu tidak
boleh di nafikan lagi. Malangnya setelah beberapa lama, semenjak umat Islam mula
menjadikan al Quran sebagai bahan berkat dalam konteks yang amat sempit semata-mata
dan tidak lagi menumpukan kepada memahami ajarannya sebagaimana yang telah di
lakukan oleh umat Islam terdahulu, maka mereka mula menjadi lemah.
û§
ÇÊÈ
Éb#uäöà)ø9$#ur
ÉOÅ3ptø:$#
ÇËÈ
y7¨RÎ)
z`ÏJs9
tûüÎ=yößJø9$#
ÇÌÈ
4n?tã
:ÞºuÅÀ
5OÉ)tGó¡B
ÇÍÈ
@Í\s?
ÍÍyèø9$#
ËLìÏm§9$#
ÇÎÈ
uÉZçFÏ9
$YBöqs%
!$¨B
uÉRé&
öNèdät!$t/#uä
ôMßgsù
tbqè=Ïÿ»xî
ÇÏÈ
1. Yaa siin
2. Demi Al Quran yang penuh hikmah,
3. Sesungguhnya kamu salah seorang dari
rasul-rasul,
4. (yang berada) diatas jalan yang lurus,
5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh yang
Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang
bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, Karena itu mereka lalai.
û§
ÇÊÈ
1. Yaa siin[1263]
Ulama-ulama tafsir menghuraikan
bahawa Ya sin ialah sebahagian dari
huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian dari surat-surat Al
Quran seperti: Alif laam miim, Alif laam raa, Alif laam miim shaad dan
sebagainya. diantara ahli-ahli tafsir ada yang tidak membahaskan pengertiannya secara
detail kepada Allah kerana di pandang termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan
ada pula yang menafsirkannya menurut ilmu pengetahuan yang dianugerahkan
kepadanya. Maka dari golongan yang kedua ini, terbahagi pula kepada beberapa
golongan. Ada golongan yang
menafsirkannya sebagai satu nama-nama Asma ullah hil `azam. Ada juga yang
berkata itu adalah satu dari nama-nama Rasulullah, ada juga yang berkata ia
secara simbolik bermaksud wahai manusia. Mereka ini menghuraikan Ya bermaksud
seruan manakala Sin menerangkan tentang manusia. Maka-menurut mereka-yassin itu
ertinya hai manusia. Ada pula yang berpendapat bahwa huruf-huruf abjad itu
gunanya untuk menarik perhatian para pendengar supaya memperhatikan Al Quran
itu, dan untuk mengisyaratkan bahwa Al Quran itu diturunkan dari Allah dalam
bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf abjad. kalau mereka tidak percaya
bahwa Al Quran diturunkan dari Allah dan hanya buatan Muhammad s.a.w.
semata-mata, Maka cobalah mereka buat semacam Al Quran itu.
Hakikatnya
hal pembukaan yang dimulakan dengan huruf-huruf hijaiyyah ini belum pernah di
kenali oleh orang-orang Arab Jahiliyyah dalam tamaddun ilmu yang telah di capai
oleh mereka termasuklah dalam syair-syair mereka yang masyhur dan di sanjungi
mereka sebelum penurunan Al Quran ini. Namun begitu, satu perkara yang
semestinya di terima ialah setiap huruf, bilamana di tambah atau di kurangkan,
akan mengubah kalimah itu, kalimah yang berubah ini akan berubah pula erti dan
maksudnya. Wallahu `alam bis sowab.
Ada lagi
pula pihak yang berkata bahawa huruf ya
dan sin di pembukaan surah ini adalah satu simbol supaya kita berfikir lebih
jauh dan lebih dalam tentang hakikat ketuhanan. Simbol ini adalah semata-mata
untuk menerangkan tentang setiap kejadian Allah itu terhasil dari dua atau
sekurang-kurangnya dua unsur yang mana kedua-dua itu di namakan sepasang yang
lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sebagai contohnya di sini kita
bawakan pandangan Syeikh Tantawi di dalam tafsir Al Jawahernya. Beliau telah menghuraikan gabungan dua huruf iaitu
ya ( ي )
dan sin ( س ) dalam satu bentuk
huraian yang sangat menarik yang bertujuan menggesa umat Islam yang
mengamalinya setiap malam jumaat supaya lebih banyak dan tekun menyelidiki
sesuatu perkara dengan mengetahui kandungan-kandungan yang tergabung di
dalam perkara tersebut serta
rahsia-rahsianya. Umpamanya garam yang di makan oleh manusia di sebut di dalam
istilah sainsnya sebagai sodium nitrat. Gabungan dua perkataan iaitu sodium dan
nitrat sebenarnya menerangkan tentang
sifat-sifat dan kegunaan garam itu sendiri kepada kehidupan seluruhnya
terutamanya kepada kehidupan manusia itu sendiri. Bagi mereka yang mengkajinya
pasti akan memahami sifat-sifat dan kegunaan garam itu manakala mereka yang tidak mengkajinya pasti akan
dengan sendirinya tidak memahami
sifat-sifat dan kegunaan garam itu sendiri. Maka manusia yang di suruh
memahami hakikat gabungan dua huruf ya dan sin yang menjadi suatu teka teki itu
sebenarnya di suruh memahami kesemua
hakikat gabungan dan kandungan kejadian Allah supaya dengan itu, ia akan dapat
pada akhirnya menginsafi lemahnya dirinya di hadapan Zat Pencipta yang Maha
Agung.
Éb#uäöà)ø9$#ur
ÉOÅ3ptø:$#
ÇËÈ
2. Demi Al Quran yang penuh hikmah,
Sebagaimana
lazimnya Allah SWT memulakan surah-surah
dalam Al Quran dengan banyak menyebutkan tentang kehebatan dan keagungan Al
Quran, maka di dalam surah ini, Allah telah memulakan surah ini juga dengan
cara bersumpah dengan Al Quran yang di sifatkanNya sebagai penuh hikmat.
Ghalibnya masyarakat kita menterjemahkan hikmat dengan erti penuh
kebijaksanaan. Al hakim sebenarnya
adalah satu daripada 99 nama-nama Allah. Allahlah yang Maha
Bijaksana. Ghalibnya pula dalam masyarakat kita, kita katakan seseorang
itu orang bijaksana meskipun ia berpakaian dengan pakaian yang murah, bilamana
setiap kali ia bercakap, kata-katanya itu benar-benar menyentuh hati kita.
Terubat segala masaalah dan terjawab segala persoalan dengan sepatah dua ucapan
yang dia ungkapkan itu.kita gelarkan orang seperti ini sebagai orang bijaksana.
Di dalam ayat ini , Allah mensifatkan Al Quran sebagai al hakim iaitu
bijak sana, penuh hikmat. Sifat yang ada pada orang di sandarkan pada Al Quran.Ertinya quran ini
akan menyentuh hati dan perasaan kepada setiap orang yang yang ingin mencari
kebenaran dengan syarat ia mestilah mengikuti dan beramal dengan ajaran Al
Quran sepenuhnya setelah memahaminya.
Maka
perkataan hakim Al Quran adalah sebenarnya menerangkan sejelas-jelasnya sifat
kebijaksanaan dan penuh hikmat yang akan sentiasa hidup segar menghiasi al
Quran dan ahli-ahlinya. Laksana air yang bersih, ruh al Quran yang sentiasa
hidup segar menghulurkan kebahagiaan
sebagai santapan kepada ruh manusia supaya dengan itu manusia menjadi celik dan
menyedari kejelekan kehidupan mereka yang berpaling dari fitrah yang di
tetapkan Allah.
Dengan
cahaya hikmat yang di pancarkan al Quran kepada orang-orang yang
mempelajarinya, ia akan mendidik dan memandu penuntut tersebut sehingga manusia
itu memperolehi ilham yang menyampaikan kepada jalan Allah yang menepati dengan
perjalanan cakrawala seluruhnya.
Keagungan
yang di kandung oleh Al Quran inilah yang menjadi bahan atau alat untuk Allah
SWT bersumpah mempertegaskan Nabi Mohammad yang di utuskanNya adalah
sebenar-benarnya rasul yang di bangkitkan untuk manusia.
Bukan
setakat itu sahaja malahan ia perlulah menjadi pertunjuk yang perlu di gunakan
sepenuhnya oleh setiap umat manusia. Dari sini, jelaslah kepada sesiapa yang
mempelajari Al Quran bahawa sesiapa di kalangan manusia yang mencari kebenaran
dengan berpandukan akal semata-mata dan membelakangkan Al Quran, pasti ia akan tersesat
tidak menemui jalan sebenarnya kerana dengan berbekalkan aqal semata-mata yang
boleh di tunggangi syaitan, ia mencari sesuatu yang bukan dari Pencipta yang
sebenarnya, tentulah ia tidak akan menemuinya dan tergolong di kalangan
golongan yang sesat jua
y7¨RÎ)
z`ÏJs9
tûüÎ=yößJø9$#
ÇÌÈ
3. Sesungguhnya kamu salah seorang dari
rasul-rasul,
Pemberitahuan
secara langsung dari Allah kepada Nabinya dengan lafaz sesungguhnya engkau
bahawa ia adalah sememangnya seorang rasul yang di utuskan adalah untuk
menetapkan dengan satu ketetapan yang tidak dapat di sangkal-sangkal lagi tentang
kebenaran dirinya adalah rasul dan risalah yang dibawanya adalah sebenar-benar
dari Tuhannya Yang Maha Perkasa. Dalam
erti kata yang lainnya pemberitahuan ini tetap berlaku dan
keterangan-keterangan yang bakal di temui di sepanjang zaman akan terus
memperakui kebenarannya, meskipun ada pihak mahu menyangkalnya, sangkallah
setakat mana yang mereka mahu sangkalkan, penjelasan ini tetap akan terserlah
dan tidak akan dapat di sembunyikan lagi walaupun seluruh dunia mahu
menolaknya. Seluruh pergerakan alam dan apa yang akan berlaku keatasnya akan
membuktikan kearah itu.
4n?tã
:ÞºuÅÀ
5OÉ)tGó¡B
ÇÍÈ
4. (yang berada) diatas jalan yang lurus,
Ayat ini
jelas menerangkan tentang hakikat kenabian. Setiap nabi, lebih-lebih lagi Nabi
Mohamad SAW itu adalah berada diatas jalan yang benar deangan sebenar-benarnya.
Ia perlu di ikuti dan menjadi contoh kepada setiap yang mencari jalan yang
benar untuk kembali kepada Allah. Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri di atas
jalan kebenaran yang menyampaikan kepada Allah. Lantaran itu kita mendapati
banyak golongan yang menyeru kepada jalan hidup yang sejahtera tetapi menolak
ajaran Rasulullah, mereka tidak sampai kepada jalan Allah yang sebenarnya. Umpamanya
golongan anti hadis yang mendakwa kononnya menerima Al Quran semata-mata dan
menolak hadis-hadis Nabi SAW
@Í\s?
ÍÍyèø9$#
ËLìÏm§9$#
ÇÎÈ
5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh yang
Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
Dalam
menerangkan tentang Al Quran yang penuh berisi dengan pelbagai hikmat yang
memandu manusia ke jalan yang benar, Allah menyebutkan dua namanya yang menjadi
dalil yang kukuh dan sandaran yang kuat dalam memperjelaskan kehebatan
kandungan hikmat yang terdapat dalam Al Quran. Dua sifatNya yang sekaligus
menjadi namaNya, iaitu: (pertama) Al Aziz Maha Perkasa yang tidak akan di
tandingi bermaksud segala perbuatanNya termasuklah menurunkan Al Quran tidak
akan dapat di tandingi oleh sesiapapun dan (keduanya) Ar Rahim Maha Penyayang
untuk mengampuni dan merahmati hambanya yang telah melakukan perbagai dosa
tetapi ada keinginan untuk bertaubat setelah mempelajari kitab panduanNya.-
kedua-dua nama ini, pada fikiran kita adalah berlawanan antara satu sama
lain.tetapi dalam Al quran, padanan Al ~aziz dan Ar rahim adalah melambangnya
ketinggian kesempurnaan ZatNya yang menurunkan
Al Quran itu. Ini kerana syariat itu adalah satu anugerah yang
melambangkan kasih sayangNya kepada hambanya yang semestinya setiap hamba patuh
dan tunduk, di mana sesiapa yang berpaling akan menerima hukumanNya yang sangat
berat.
uÉZçFÏ9
$YBöqs%
!$¨B
uÉRé&
öNèdät!$t/#uä
ôMßgsù
tbqè=Ïÿ»xî
ÇÏÈ
6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang
bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, Karena itu mereka lalai.
Penurunan
Al Quran ke atas Rasulullah SAW mempunyai satu tanggung jawab yang besar iaitu
memberi peringatan kepada kaum Musyrikin Mekah
yang mana mereka, setelah kematian nabi Ismael, tidak lagi menerima
seorang rasulpun yang pernah memberikan
peringatan untuk mereka Lantaran itulah
mereka menjadi lupa.
Lupa adalah
ibu segala penyakit hati. Lupa kepada hakikat diri yang lemah yang semestinya
kembali dan tunduk kepada Allah lah yang menterencatkan keutuhan hamba untuk
mencari petubjuk Allah dalam meniti umur kehidupannya.
Maka
peringatan dan amaranlah yang sewajarnya menjadi penawar terbaik kepada ibu
kepada segala penyakit itu. Amaran yang datang dari Allah sendiri di sampaikan oleh utusanNya Rasulullah SAW
kepada penduduk Mekah yang telah terputus dari petunjuk wahyu semenjak Nabi
Ismail. Sudah lebih 30 generasi sebagaimana yang di sebutkan oleh Ibn Hisyam
dalam Sirahnya, di biarkan memutuskan sesuatu perkara dalam kehidupan mereka dengan
akal fikiran sendiri yang di pandu nafsu yang keji itu, tanpa pertunjuk wahyu.
ôs)s9
¨,ym
ãAöqs)ø9$#
#n?tã
öNÏdÎsYø.r&
ôMßgsù
w
tbqãZÏB÷sã
ÇÐÈ
$¯RÎ)
$uZù=yèy_
þÎû
öNÎgÉ)»oYôãr&
Wx»n=øîr&
}Îgsù
n<Î)
Èb$s%øF{$#
Nßgsù
tbqßsyJø)B
ÇÑÈ
$uZù=yèy_ur
.`ÏB
Èû÷üt/
öNÍkÉ÷r&
#ty
ô`ÏBur
óOÎgÏÿù=yz
#ty
öNßg»oYøt±øîr'sù
ôMßgsù
w
tbrçÅÇö7ã
ÇÒÈ
íä!#uqyur
öNÍkön=tã
öNßgs?öxRr&uä
ôQr&
óOs9
öNèdöÉZè?
w
tbqãZÏB÷sã
ÇÊÉÈ
$yJ¯RÎ)
âÉYè?
Ç`tB
yìt7©?$#
tò2Ïe%!$#
zÓÅ´yzur
z`»uH÷q§9$#
Í=øtóø9$$Î/
( çn÷Åe³t6sù
;otÏÿøóyJÎ/
9ô_r&ur
AOÍ2
ÇÊÊÈ
$¯RÎ)
ß`øtwU
ÌÓ÷ÕçR
4tAöqyJø9$#
Ü=çGò6tRur
$tB
(#qãB£s%
öNèdt»rO#uäur
4 ¨@ä.ur
>äóÓx«
çm»uZø|Áômr&
þÎû
5Q$tBÎ)
&ûüÎ7B
ÇÊËÈ
7. Sesungguhnya Telah pasti berlaku perkataan
(ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerena mereka tidak beriman.
8. Sesungguhnya kami Telah memasang belenggu
dileher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, Maka Karena itu mereka
tertengadah.
9. Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan
di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka
tidak dapat Melihat.
10. Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi
peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka,
mereka tidak akan beriman.
11. Sesungguhnya kamu Hanya memberi peringatan
kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan[1264] dan yang takut kepada
Tuhan yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka
kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.
12. Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang
mati dan kami menuliskan apa yang Telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang
mereka tinggalkan. dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang
nyata (Lauh mahfuzh).
[1264] maksudnya peringatan yang diberikan oleh nabi
Muhammad s.a.w. hanyalah berguna bagi orang yang mau mengikutinya.
AYAT 7-10
ôs)s9
¨,ym
ãAöqs)ø9$#
#n?tã
öNÏdÎsYø.r&
ôMßgsù
w
tbqãZÏB÷sã
ÇÐÈ
$¯RÎ)
$uZù=yèy_
þÎû
öNÎgÉ)»oYôãr&
Wx»n=øîr&
}Îgsù
n<Î)
Èb$s%øF{$#
Nßgsù
tbqßsyJø)B
ÇÑÈ
$uZù=yèy_ur
.`ÏB
Èû÷üt/
öNÍkÉ÷r&
#ty
ô`ÏBur
óOÎgÏÿù=yz
#ty
öNßg»oYøt±øîr'sù
ôMßgsù
w
tbrçÅÇö7ã
ÇÒÈ
íä!#uqyur
öNÍkön=tã
öNßgs?öxRr&uä
ôQr&
óOs9
öNèdöÉZè?
w
tbqãZÏB÷sã
ÇÊÉÈ
7. Sesungguhnya Telah pasti berlaku perkataan
(ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerena mereka tidak beriman.
8. Sesungguhnya kami Telah memasang belenggu
dileher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, Maka Karena itu mereka
tertengadah.
9. Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan
di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka
tidak dapat Melihat.
10. Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi
peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka,
mereka tidak akan beriman.
Dalam
ayat-ayat di atas , Allah SWT telah menegaskan dengan cara yang amat jelas,
keras dan pasti bahawa azab nerakalah yang pasti menjadi habuan yang bakal di
perolehi oleh mereka yang menolak Al Quran kerana mereka itu adalah mengkufuri
Allah SWT. Kerana mata mereka telah menjadi buta, telinga mereka menjadi pekak
dan mulut mereka adalah bisu dari kebenaran yang di bawakan kepada mereka,
Pasti azab tersebut benar-benar, tidak akan dapat di alih dan di ubah-ubah atau
di tukar ganti dengan apa bentuk pertukaran sekalipun kerana kehidupan mereka
telah di belenggukan oleh kesesatan dalam segala sudut. Soalnya siapakah mereka itu?
Ulama-ulama
tafsir telah menyebutkan bahawa mereka adalah Abu Jahal `Amru Ibn Hisyam telah
telah berpakat dengan kaumnya supaya melontarkan batu yang besar ke atas
Rasulullah sewaktu Baginda sedang membacakan Al Quran ketika sedang
bersembahyang. Setelah tiba waktu dan ketikanya, mereka tidak dapat
melakukannya kerana tangan mereka menjadi kejang. Demikianlah hal yang sama
telah terjadi kepada Al Walid ibn Al Mughirah yang mempunyai niat yang sama
terhadap Rasulullah SAW.
Ertinya
ayat ini membawa perbandingan kepada kita tentang orang-orang yang di halang
daripada memperolehi petunjuk. Kesombongan dan keangkuhan mereka itu
terbelenggu di kongkong oleh kegelapan kesesatan, meskipun mereka kaya raya
seperti Al As Ibn Wael, Al Walid Ibn Al Mughirah ,Abu Lahab dan Abu Jahal
.mereka tidak dapat mengambil apa-apa manfaatpun dari peringatan yang di
sampaikan kepada mereka oleh Rasul yang mereka benci itu. Seolah-olah mereka tidak pernah mendengar
peringatan di sebabkan mereka sendiri memekakkan telinga dan membutakan mata
bilamana berhadapan dengan pengajaran Rasulullah SAW.
Oleh itu,
sesiapa saja yang sombong dan angkuh walaupun kita sendiri yang telah mengaku
sebagai seorang Islam, janganlah sekali-kali kita lupa bahawa dengan
kesombongan dan keangkuhan yang kita pelihara , belai dan bajai dalam diri kita
itu , ia pasti akan menutupkan cahaya hidayah daripada kita, kelak kerana
sombong dan angkuh , kita akan di hanyutkan semakin jauh dari hidayat dan
rahmat Allah , Wal `iyazubillah( والعياذ بالله
) . Oleh itu sifat sombong dan angkuh dengan tuntutan nafsu itu hendaklah kita
benteras dengan sesungguh-sungguhnya dalam hidup kita ini.
Ada ulama
yang berkata bahawa ayat ini menerangkan tentang hal keadaan golongan kafir
yang terbelenggu di dalam neraka. Hal ini samalah dengan apa yang di nyatakan
Allah dalam surah Ghafir:
tûïÏ%©!$# (#qç/¤2 É=»tFÅ6ø9$$Î/ !$yJÎ/ur $uZù=yör& ¾ÏmÎ/ $oYn=ßâ ( t$öq|¡sù cqßJn=ôèt ÇÐÉÈ ÏÎ) ã@»n=øñF{$# þÎû öNÎgÉ)»oYôãr& ã@Å¡»n=¡¡9$#ur tbqç7ysó¡ç ÇÐÊÈ Îû ÉOÏJptø:$# ¢OèO Îû Í$¨Z9$# crãyfó¡ç ÇÐËÈ
Bermaksud: orang-orang
yang mendustakan Al Kitab (Al Quran) dan wahyu yang dibawa oleh rasul-rasul
kami yang Telah kami utus. kelak mereka akan mengetahui, (70) Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher
mereka, seraya mereka diseret,(71) Ke
dalam air yang sangat panas, Kemudian mereka dibakar dalam api,(72) –Surah
Ghafir / al Mukmin 70-72
AYAT 11-12
$yJ¯RÎ)
âÉYè?
Ç`tB
yìt7©?$#
tò2Ïe%!$#
zÓÅ´yzur
z`»uH÷q§9$#
Í=øtóø9$$Î/
( çn÷Åe³t6sù
;otÏÿøóyJÎ/
9ô_r&ur
AOÍ2
ÇÊÊÈ
$¯RÎ)
ß`øtwU
ÌÓ÷ÕçR
4tAöqyJø9$#
Ü=çGò6tRur
$tB
(#qãB£s%
öNèdt»rO#uäur
4 ¨@ä.ur
>äóÓx«
çm»uZø|Áômr&
þÎû
5Q$tBÎ)
&ûüÎ7B
ÇÊËÈ
11. Sesungguhnya kamu Hanya memberi peringatan
kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan
yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar
gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.
12. Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang
mati dan kami menuliskan apa yang Telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang
mereka tinggalkan. dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang
nyata (Lauh mahfuzh).
Setelah
Allah menerangkan tentang Al Quran yang penuh hikmat, dalam ayat ini Allah
menerangkan pula bahawa golongan yang memperoleh petunjuk adalah golongan yang
mencari petunjuk dari Al quran sahaja, sumber wahyu yang benar, dan melengkapkan dirinya dengan
syarat-syarat yang melayakkannya untuk mendapat petunjuk iaitu hati yang
mengcengkam ke dalamnya perasaan
takutkan Allah, bukannya hati yang riyak dan ujub berpura-pura baik di
hadapan manusia, sesiapa yang dapat menghayati petunjuk ini, ia akan beroleh
kegembiraan yang besar. Inilah dia golongan yang pertama. Golongan yang kedua
pula di nyatakan dalam ayat 45-48
No comments:
Post a Comment