Saturday, August 3, 2013

111 SURAH AL MASAD





TAFSIR




ôM¬7s? !#ytƒ Î1r& 5=ygs9 ¡=s?ur ÇÊÈ !$tB 4Óo_øîr& çm÷Ytã ¼ã&è!$tB $tBur |=|¡Ÿ2 ÇËÈ 4n?óÁuy #Y$tR |N#sŒ 5=olm; ÇÌÈ ¼çmè?r&tøB$#ur s's!$£Jym É=sÜysø9$# ÇÍÈ Îû $ydÏÅ_ ×@ö7ym `ÏiB ¤|¡¨B ÇÎÈ
1.  Binasalah kedua tangan abu Lahab dan Sesungguhnya dia akan binasa[1607].
2.  Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
3.  Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
4.  Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar[1608].
5.  Yang di lehernya ada tali dari sabut.

[1607]  yang dimaksud dengan kedua tangan abu Lahab ialah abu Lahab sendiri.
[1608]  Pembawa kayu bakar dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah. isteri abu Lahab disebut pembawa kayu bakar Karena dia selalu menyebar-nyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan nabi Muhammad s.a.w. dan kaum muslim. Biasanya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya membikin buhul-buhul dari tali lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembus-hembuskan nafasnya ke buhul tersebut.


LATAR BELAKANG SURAH

Di turunkan di Mekah. Surah ini mencemuh Abu Lahab yang dalam kemarahan yang amat sangat mengherdik dan memaki-maki Nabi SAW yang prtama kali sedang menyeru orang ramai kepada Tauhid di atas bukit Jabal Abi Qubais. Hal ini berlaku sesudah lebih kurang tiga tahun Baginda di lantik menjadi Rasul Pada waktu itu, tidak ramai orang yang beriman, lebih kurang dalam tujuh puluh orang sahaja. Sebahagian besar dari mereka adalah orang-orang yang lemah dan daif.

Beliau lebih di kenali sebagai Abdul Uzza Ibn Abdul Muttalib.Setelah turun surah ini yang memanggilnya sebagai Abu Lahab, maka gelaran ini mula terkenal di kalangan orang-orang yang berimaan. Beliau adalah bapa saudara Nabi. Dia adalah adik beradik tiri dengan bapa Nabi. Dia adalah  anak Abdul Muttalib dengan ibu yang bernama Lubna binti Hajir manakala ibu kepada Abdullah bapa nabi ialah Fatimah binti `Amru.

Isterinya yang di gelarkan oleh Al Quran sebagai Hammalatal Hatab lebih di kenali sebagai Ummu Jamil adalah anak Abu Sufyan. Ahli perniagaan yang paling terkemuka sekali dalam masyarakat Mekah yang kelak menjadi pemimpin nombor satu kepada seluruh penduduk Mekah. Ummu Jamil adalah seorang wanita yang berjaya dalam masyarakatnya kerana perniagaan permata yang di uruskannya amat menguntungkan. Demikianlah beberapa jenis perniagaan lain lagi.


Meskipun Abu Lahab datang dari keluarga Abdul Muttalib yang sangat terkenal sebagai keluarga yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan luhur, malahan ia sendiri mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Nabi SAW pada peringkat awal kelahiran Nabi SAW. Beliau telah menyediakan seorang ibu susu dan hamba yang menjaga Nabi.Tetapi sikapnya telah berubah setelah kekayaannya semakin bertambah dan menjaga hubungan dengan pembesar-pembesar Musyrikin Mekah.

Ketika mana seluruh keluarga Bani Hasyim dan Bani Muttalib( kaum keluarga nabi sehingga sejauh tiga pupu) menderita perit kerana menjadi mangsa kena boikot oleh seluruh penduduk musyrik Mekah semata-mata kerana mereka membela nabi SAW , Abu Lahab telah mengambil jalan yang sangat berbeza dengan seluruh keluarganya itu. Ia bukan sahaja tidak bersimpati dengan Nabi dan keluarganya Bani Hasyim dan Bani Muttalib, malahan ia terus menerus mencerca Nabi. Setiap kali tiba musim haji, sewaktu mana Nabi mengatakan dakwah kepada jamaah haji yang datang dari luar, Abu Lahab ini sentiasa meminta supaya tetamu-tetamu haji itu tidak mendengar ajakan Rasulullah SAW.

Ia meninggal akibat terbunuh dalam Perang Badar(2H).

Terdapat beberapa perkara menarik dalam surah ini, ini kerana tiada satu ayatpun dalam mana-mana surah Al Quran yang mencemuh individu di zaman nabi secara direct melainkan dengan menyatakan sifat dan perangainya semata-mata tanpa menyebut namanya. Kalau ada di sebut nama, itu adalah individu-individu yang lebih awal seperti Firaun dan Hamam,  Tetapi berkenaan dengan Abu Lahab, inilah satu-satunya surah yang menyebut nama individu secara langsung padahal orang tersebut adalah bapa saudara Nabi sendiri.Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari darinya. ?
Inilah contoh beratnya beban dakwah yang semestinya –secara reality- di pikul oleh setiap pendakwah di jalan Allah.
Orang yang mengepalai penolakan dakwah adalah merupakan seorang keluarga terdekat yang pernah berjasa kepada Nabi, mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat, pangkat dan kekayaan yang jarang-jarang di miliki oleh orang lain, sehingga ahli sejarah menyatakan Abu Lahab merupakan orang kedua terpenting selepas Abu Jahal di Mekah. Tentulah bagi seorang manusia yang lemah semangat dan kecil jiwanya akan menjadi malu alah untuk menjalan tugas yang di pertanggung jawabkan. Tetapi kerana pengajaran yang tersirat pada kisah ini ialah Rasulullah adalah contoh yang terbaik untuk kita ikuti sekiranya kita di uji dengan orang yang sebegitu dalam memikul dakwah ini. Terus sabar, istiqamah dan memohon kekuatan dan pertolongan dari Allah SWT. Itulah yang dapat kita pelajari dari kisah ini. Oleh itu,malu alah kepada seorang yang hina di sisi Allah akan mensia-sia amanah yang di pertanggung jawabkan oleh Allah. Maka kehinaanlah kesudahannya.
 


Ayatnya berjumlah 5 ayat. 

No comments:

Post a Comment