Sunday, August 4, 2013

YASSIN (bhg lima) ayat


oleh us hanafi el fesfanji

AYAT 55-59

¨bÎ) |=»ysô¹r& Ïp¨Ypgø:$# tPöquø9$# Îû 9@äóä© tbqßgÅ3»sù ÇÎÎÈ öLèe ö/àSã_ºurør&ur Îû @@»n=Ïß n?tã Å7ͬ!#uF{$# tbqä«Å3§GãB ÇÎÏÈ öNçlm; $pkŽÏù ×pygÅ3»sù Nçlm;ur $¨B tbqãã£tƒ ÇÎÐÈ ÖN»n=y Zwöqs% `ÏiB 5b>§ 5OŠÏm§ ÇÎÑÈ (#râ»tFøB$#ur tPöquø9$# $pkšr& tbqãB̍ôfãKø9$# ÇÎÒÈ
55.  Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka).
56.  Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan.
57.  Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.
58.  (kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai Ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang.
59.  Dan (Dikatakan kepada orang-orang kafir): "Berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, Hai orang-orang yang berbuat jahat.

AYAT 55
¨bÎ) |=»ysô¹r& Ïp¨Ypgø:$# tPöquø9$# Îû 9@äóä© tbqßgÅ3»sù ÇÎÎÈ
55.  Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka).
HURAIAN
Yang di maksudkan dengan sibuk di sini ialah sibuk keseronokan seperti  seorang nenek melayan karenah cucu-cucunya yang baru pulang kekampung  setelah lama mereka merindui antara satu sama lain. Demikianlah bandingan sibuknya penghuni syurga bermesra dengan bidadari-bidadari yang melayaninya dengan penuh kehangatan dan gurau senda setelah mana semasa di dunia dulu, keinginanan yang sentiasa bergelora di dalam  terpaksa di sabarkan dan di kurung agar menepati dengan landasan syarak.

Mereka juga melawat dan menziarahi saudara dan sahabat seperjuangan sehingga mereka bertanyakan antara  satru sama lain sahabat-sahabat yang tidak mereka temui di dalam syurga.

AYAT 56
öLèe ö/àSã_ºurør&ur Îû @@»n=Ïß n?tã Å7ͬ!#uF{$# tbqä«Å3§GãB ÇÎÏÈ
56.  Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan.

HURAIAN
Mereka berseronok dengan seronok yang panjang, tiada lagi gangguan sebagaimana di dunia itu, ada banyak gangguan, masa telah menghalang mereka untuk bersama, di akhirat tiada lagi hal sedemikian.

AYAT 57
öNçlm; $pkŽÏù ×pygÅ3»sù Nçlm;ur $¨B tbqãã£tƒ ÇÎÐÈ
57.  Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.
HURAIAN

Penghuni syurga memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta adalah kemuncak gambaran makanan yang menyeronakkan kerana mereka makan bukanlah kerana lapar sebagaimana yang berlaku di dunia ini.
AYAT 58

ÖN»n=y Zwöqs% `ÏiB 5b>§ 5OŠÏm§ ÇÎÑÈ
58.  (kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai Ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang.


HURAIAN
Salam adalah ungkapan ahli syurga sesame mereka.salam yang paling agung mereka perolehi ialah salam dari Allah SWT. Bayangkan di dunia ini seorang rakyat jelata yang biasa memperolehi hadiah dari seorang raja yang besar, tentulah ia pasti merasai hadiah itu teramat istimewa. Maka di akhirat, seseorang yang memperolehi salam dari Allah, tidak perlu lagi kepada kenikmatan lain lagi, tetapinya mereka, hakikatnya nikmat-nikmat lain tidak di kurangkan dari mereka

AYAT 59
(#râ»tFøB$#ur tPöquø9$# $pkšr& tbqãB̍ôfãKø9$# ÇÎÒÈ
59.  Dan (Dikatakan kepada orang-orang kafir): "Berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, Hai orang-orang yang berbuat jahat.
HURAIAN
Orang yang kufur engkar di halang daripada memperolehi sebarang kebaikan ahli syurga meskipun ahli syurga itu adalah kelurga terdekatnya, mereka di larang menghampiri, apatah lagi memohon bantuan dari penghuni syurga itu. Inilah yang telah di nyatakan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Talib, bapa saudaranya di saat kematian bapa saudaranya

AYAT 60-62

* óOs9r& ôygôãr& öNä3ös9Î) ûÓÍ_t6»tƒ tPyŠ#uä cr& žw (#rßç7÷ès? z`»sÜø¤±9$# ( ¼çm¯RÎ) ö/ä3s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇÏÉÈ Èbr&ur ÎTrßç6ôã$# 4 #x»yd ÔÞºuŽÅÀ ÒOŠÉ)tGó¡B ÇÏÊÈ ôs)s9ur ¨@|Êr& óOä3ZÏB yxÎ7Å_ #·ŽÏWx. ( öNn=sùr& (#qçRqä3s? tbqè=É)÷ès? ÇÏËÈ
60.  Bukankah Aku Telah memerintahkan kepadamu Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",
61.  Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yang lurus.
62.  Sesungguhnya syaitan itu Telah menyesatkan sebahagian besar diantaramu, Maka apakah kamu tidak memikirkan ?.

AYAT 60
* óOs9r& ôygôãr& öNä3ös9Î) ûÓÍ_t6»tƒ tPyŠ#uä cr& žw (#rßç7÷ès? z`»sÜø¤±9$# ( ¼çm¯RÎ) ö/ä3s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇÏÉÈ * óOs9r& ôygôãr& öNä3ös9Î) ûÓÍ_t6»tƒ tPyŠ#uä cr& žw (#rßç7÷ès? z`»sÜø¤±9$# ( ¼çm¯RÎ) ö/ä3s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇÏÉÈ
60.  Bukankah Aku Telah memerintahkan kepadamu Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",
HURAIAN

Ayat ini menghuraikan tentang sifat lupa yang menjadi ibu kepada segala penyakit manusia.yang di perkatakan pada ayat 6 terdahulu.  Penyakit hati . manusia telah memberikan janji kepada Allah untuk melakukan dua perkara yang mempunyai satu maksud yang sama . janji yang manusia lupai ini telah di meterikan oleh mereka di alam ruh. Inilah ini 

Lupa itu berbeza dari tidak tahu. Umpamanya --- 
Asalnya bolehlah kita katakan bahawa seseorang itu tidak menegetahui langsung tentang janji tersebut . dalam erti kata yang lain, ia adalah jahil tentang hal demikian. Ini kalaulah kehidupan ini tidak berkait langsung dengan kehidupan terdahulu. Tetapi pada hakikatnya , kehidupan di alam maya ini adalah merupakan sambungan dari kehidupan terdahulu di alam ruh, maka ia mempunyai kesinambungan secara langsung yang manusia tidak dapat mengingatinya secara aqliyyah(akal zahir) . sebaliknya dengan menggunakan aqal batin, ia pasti dapat di lihat semula dengan jelas. Untuk tujuan inilah manusia memerlukan kepada wahyu dan banyak mengingati Allah.  Dengan zikirlah manusia boleh menghubungkan anatra alam maya yang menjadi tempat perhitungan -jasad dan  alam ruh yang menjadi   kehidupan manusia sebelum di munculkan kedunia.
Perjanjian yang telah di berikan oleh manusia itu terbahagi kepada dua iaitu: pertamanya sebagai mana yang dinyatakan pada ayat ini: tidak menyembah syaitan kerana syaitan itu sesungguhnya adalah musuh yang nyata bagi kamu. Kedua pula dinyatakan pada ayat sesudahnya iaitu:
******
Yang di maksudkan dengan menyembah atau beribadat dengan syaitan menurut Imam Razi ialah melakukan apa-apa yang berlawanan dengan perintah syarak. Iaitulah melakukan yang di larang Allah, atau meninggalkan yang di perintah Allah atau melakukan ibadat kepada Allah tetapi bukan kerana mentaati Allah tetapi untuk tujuan yang lain darinya seumpama mendirikan solat secara riyak. Ini semuanya adalah penyembahan kepada syaitan.

Demikianlah juga dalam mengenali seseorang itu, Apabila ada seseorang samada majikan, bos atau orang yang lebih rendah pangkatnya dari anda  menyuruh anda melakukan sesuatu perkara , maka hendaklah di ukur terlebih dahulu dengan ukuran syarak, adakah ia menepati kehendak syarak atau tidak, sekiranya perintah atau cadangan itu bertentangan dengan syarak, samada secara zahir atau batin, maka hendaklah di tinggalkan kerana pada diritan di orang tersebut itu ada syaitan yang sebenarnya menjadi seteru manusia . umpamanya seseorang majikann yang melarang pekerjanya melakukan ibadat tetapi sebaliknya menyuruh memperelokkan ibadat tersebut bilamana berada di hadapan khalayak ramai, maka itu adalah orang yang beribadat atau menyembah syaitan juga.
Penguasaan syaitan dalam  ibadat juga berbeza-beza. Ada yang kuat orang yang syaitan dapat mempengaruhinya sepenuh-penuhnya sehingga ia langsung tidak melakukan perintah Allah. Bahkan ada pula yang sakit atau terganggu kerja ketaatannya bilamana melakukan ibadat. Ada pula yang dengan cara bijak sanasehingga meskupin ia dapat melakukan ibadat dengan senang dan selesa tetapi hatinya adalah untuk mencari kemashuran dunia.
Kadang kalasyaitan merosakkan manusia dengan cara menanamkan rasa gembira dan berpada dengan  sedikit ibadat lantas itu tumbuhlah perasaan bangga diri dengan amalan tersebut padahal ia sendiri sebenarnya tidak mengetahui adakah amalan tersebut di terima Allah atau tidak.

Orang yang melakukan maksiat ini pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada yang melakukannya dengan sepenuh hati, ada yang terpaksa dan ada pula yang hatinya dalam keadaan menyesal dan sentiasa mengingati Allah.
Yang melakukan dosa dengan sepenuh hati----,manakala yang melakukan dalam keadaan terpaksa pula seperti pegawai-pegawai yang di perintahkan melakukan kezaliman kepada golongan alim ulama  -----
Adapun  hati yang dalam keadaan menyesal dan sentiasa mengingati Allah ketika melakukan maksiat ini, seumpama golongan solih yang bekerja dengan pemerintah yang  zalim maka hendaklah di bersihkan dengan cara .

AYAT 61
Èbr&ur ÎTrßç6ôã$# 4 #x»yd ÔÞºuŽÅÀ ÒOŠÉ)tGó¡B ÇÏÊÈ
61.  Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yang lurus.

HURAIAN
Syarat yang kedua
Seseorang hanyalah akan berada di atas jalan yang lurus bilamana melakukan kepatuhan dan ketundukkan kepada setiap perintah Allah samada yang berupa melakukan suruhanNya atau meninggalkan laranganNya. Samada juga oleh perbuatan hati, lidah atau anggota. Inilah syarat yang kedua kepada kesejahteraan dunia akhirat. Sebenar-benar hakikat pengabdian diri kepada Allah SWT yang semestinya di capai oleh setiap manusia ialah meletakkan seluruh kerja buat dalam kehidupan sebagai ibadat yang semata-mata untuk Allah SWT. Ertinya seluruh kehidupan  sewajibnya di letakkan di bawah skop ibadat sebagaimana yang telah di nayatakan dalam bacaan fatihah di dalam solatnya setiap hari itu. Barulah ia di kira Berjaya berada di atas landasan Allah.

Kepatuhan yang di sertai dengan nafsu akan dapat membawa si hamba-samada secara sedar atau sedikit , secara sedikit demi sedikit kepada tergelincir juga dari landasan yang lurus itu.oleh itu, kepatuhan yang mutlak ini perlulah di usahakan dan di ----sepanjang masa dalam kehidupan kita.
Umpamanya seorang yang balik mengerjakan ibadat haji yang mana ketika berada di hadapan kaabah, ia menyesal dan berazam sepenuh-penuhnya ---tetapi terus mengulangi maksiat setelah balik ke kampong halamannya adalah belum lagi berdiri di atas landasan yang lurus itu. Demikianlah seseorang Islam yang menutup aurat bilamana berada di kalangan sanak saudara tetapi mendedahkan aurat bilamana bercuti di oversea –di negeri kafir adalah di tarik oleh sifat nifaq keluar dari landasan yang lurus itu.
AYAT 62
ôs)s9ur ¨@|Êr& óOä3ZÏB yxÎ7Å_ #·ŽÏWx. ( öNn=sùr& (#qçRqä3s? tbqè=É)÷ès? ÇÏËÈ
62.  Sesungguhnya syaitan itu Telah menyesatkan sebahagian besar diantaramu, Maka apakah kamu tidak memikirkan ?.

HURAIAN

Inilah hakikat yang menjadi kesimpulan kepada realiti kehidupan . majoritinya manusia ini adalah di sesatkan oleh syaitan.
Kenapa? Dan bagaimana?

Yang di maksudkan dengan di sesatkan oleh syaitan  itu ialah  seseorang itu di sebabkan oleh sebab-sebab yang ia sendiri tidak tahu, ia menjadi tidak menghala kearah destinasi yang sepatutnya iaitu menuju ke[pada Allah. Samada ia berpaling ke kanan atau ke kiri melalui perbuatan yang melebihi atau mengurangi perintah syariat itulah ertinya ia telah disesatkan. Dalam kekeliruan memahami kehidupan , ia tidak bergerak kea rah yang lebih dekat kepada Allah. Kehidupan manusia dengan kekeliruan yang di hada[pi dalam kehidupannya ialah seumpama seorang yang terpaksa meninggalkan tanah airnya kerana takut dirinya akan di bunuh oleh pemerintahnya, lalu setibanya ia berada di negeri yang baru ia tiba, ia tidak tahu untuk melakukan apakah yang sepatutnya ia lakukan. Ia melihat di sekelilingnya ada ramai orang yang kaya raya, ada yang memakai motokar besar, ada yang membawa perempuan yang cantik berkepit di jalanan, ia ingin memiliki itu semua, lalu datangnya seorang jahat yang berpura-pura baik menemuinya dan memujuk serta memberikan kata-kata manis yang ---. Demikianlah manusia, bialamana ia tidak mengenali bahawa pujukan orang tersebut adalah bisa,nescaya pastilah ia akan melalui kehidupan yang menuju kea rah kemusnahan. Demikianlah manusia akan rebah di pangkuan pujukan syaitan bilamana ia tidak mengetahui bentuk pujukan syaitan-syaitan tersebut.
Ada ramai manusia yang susah hidupnya di sesatkan oleh syaitan sewaktu ia mencari kesenangan, ada ramai pula yang sakit di sesatkan oleh syaitan sewaktu ia mencari penawar penyembuhan untuk sakitnya itu. Ramai pula yang bodoh dan jahil di sesatkan oleh syaitan sewaktu ia mencari ilmu dan kecerdikan, ramai pula yang berpangkat di sesatkan oleh syaitan sewaktu ia ingin memenuhi keinginannya, ramai pula yang sendirian hidupnya di sesatkan oleh syaitan sewaktu ia mencari teman, maka itulah Allah menyuruh kita menggunakan akal dengan di pandukan petunjuk yang di turunkan kepada RasulNya  untuk membezakan sebab-sebab kemusnahan manusia agar kita menghindari factor-faktor tersebut.
AYAT 63-65

¾ÍnÉ»yd æL©èygy_ ÓÉL©9$# óOçFZä. šcrßtãqè? ÇÏÌÈ $ydöqn=ô¹$# tPöquø9$# $yJÎ/ óOçFZä. šcrãàÿõ3s? ÇÏÍÈ tPöquø9$# ÞOÏFøƒwU #n?tã öNÎgÏdºuqøùr& !$uZßJÏk=s3è?ur öNÍkÉ÷ƒr& ßpkôs?ur Nßgè=ã_ör& $yJÎ/ (#qçR%x. tbqç6Å¡õ3tƒ ÇÏÎÈ
63.  Inilah Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya).
64.  Masuklah ke dalamnya pada hari Ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya.
65.  Pada hari Ini kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

AYAT 63
¾ÍnÉ»yd æL©èygy_ ÓÉL©9$# óOçFZä. šcrßtãqè? ÇÏÌÈ
63.  Inilah Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya).
HURAIAN
Malaikat berseru kepada mereka yang engkar : Inilah Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya).


AYAT 64

$ydöqn=ô¹$# tPöquø9$# $yJÎ/ óOçFZä. šcrãàÿõ3s? ÇÏÍÈ
64.  Masuklah ke dalamnya pada hari Ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya.


HURAIAN
Ayat di atas menerangkan tentang bagaimana di akhirat kelak Allah SWT memerintah malaikat: salaikanlah golongan yang engkar kepada perintahKu ke dalam neraka. Perintah ini merupakan satu pemberitahuan Allah secara mengejek supaya manusia lebih menggunakan akal untuk menimbang pengajaran-pengajaran yang boleh membawa mereka kepada kesyukuran terhadapbanyaknya kenikmat yang di nikmati itu.

tPöquø9$# ÞOÏFøƒwU #n?tã öNÎgÏdºuqøùr& !$uZßJÏk=s3è?ur öNÍkÉ÷ƒr& ßpkôs?ur Nßgè=ã_ör& $yJÎ/ (#qçR%x. tbqç6Å¡õ3tƒ ÇÏÎÈ
65.  Pada hari Ini kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

HURAIAN
Ayat ini menerangkanbahawa di hari akhirat, persaksian mulut tidak lagi dikira sebagai kukuh. Ini kerana  tentang lidah yang melakukan pertuturan boleh berbohong dan in lazimi di ketahui ramai. Di hari ini, mudah sahaja kita melihat dalam banyak perbicaraan di mahkamah dan sebagainya lagi, pihak yang lebih bijak berkata-kata dapat menewaskan pihak yang lebih kelu lidahnya meskipun ia berada di pihak yang salah.  Di hari ini, dunia sudah mula mengakui bahawa  pertuturan tubuh badan yang di sebut sebagai body languange adalah lebih tepat dan jelas menerangkan tentang hal sebenar berbanding dengan keterangan lidah yang boleh menyembunyikan dan mengada-ngadakan sesuatu cerita.
Dewasa ini,  di banyak Negara-negara yang pendekatan penyiasatan dalam membasmikan jenayah lebih maju, bahasa yang di panggil body language ini telah menjadi suatu ilmu yang di kembang luaskan di kalangan penyiasat-penyiasat kerana di katakana bahasa tubuh badan lebih tepat .ini kerana tubuh badan tidak boleh berbohong sebagaimana yang seringkali di lakukan oleh mulut. Di beberapa tempat, pendekatan ini dapat menemukan penjenayah dengan lebih tepat sekaligus dapat mengurangkan jenayah di tempat tersebut.

Lebih dari itu, kita dapati mulut manusia tidak boleh menerangkan tentang sakit yang di hidapi olehnya. Bahkan seringkali seseorang pesakit itu menyatakan di hadapan doctor bahawa ia menghadapi sakit sekian-sekian tetapi setelah di selidiki , ternyata bukan penyakit itu yang di hidapinya. Sebaliknya berpandukan kepada kaki yang sejuk atau panas, kering, bersisik, sentiasa berpeluh,berlendir,sejuk atau panas,miang atau rasa menyucuk-nyucuk pada waktu tertentu atau ……..seseorang doctor itu dapat mengenali penyakit sesorang itu.  Ertinya kaki itu memberitahu kepada doctor tersebut tentang penyakit tuannya tanpa ada bunyi suara bicaranya sebagaimana ungkapan yang di lakukan oleh mulut. Demikianlah tangan,kuku, mata, rambut, air kencing, darah, nadi,denyutan jantung menjadi kayu ukur yang menceritakan keadaan dan tahap kesihatan tuannya tanpa ada suara bicara tetapi pemberitahuan dari alat-alat ini seringkali tepat kepada orang-orang yang mahir dalam bidang-bidang sebegini.

 Maka berdasarkan ayat ini, sekurang-kurangnya jelaslah  kepada golongan yang berakal dan celik pemikiran betapa wahyu  yang telah di turunkan kepada Rasulullah SAW lebih dari 16 abad yang lampau kepada golongan yang rendah perikirannya di Mekah ini menjelaskan suatu mukjizat risalahnya tentang sejauh manakaah -dalam perkembangan manusia-amanahnya mulut dan anggota-anggota lain menjalankan tugas persaksian terhadap tuannya. Lidah sering kali membela tuannya tetapi tidak pada beberapa anggota lainnya.Maka tentulah kita sedar ini menunjukkan mulut bukanlah saksi yang terbaik yang boleh di akui sebagai benar-benar amanah  dalam menerang sesuatu hal dan keadaan.

AYAT 66-68
öqs9ur âä!$t±nS $oYó¡yJsÜs9 #n?tã öNÍkÈ]ãôãr& (#qà)t7tFó$$sù xÞºtÅ_Á9$# 4¯Tr'sù šcrçŽÅÇö7ムÇÏÏÈ öqs9ur âä!$t±tR óOßg»oY÷|¡yJs9 4n?tã óOÎgÏFtR%x6tB $yJsù (#qãè»sÜtGó$# $|ÅÒãB Ÿwur šcqãèÅ_ötƒ ÇÏÐÈ `tBur çnöÏdJyèœR çmó¡Åe6uZçR Îû È,ù=sƒø:$# ( Ÿxsùr& tbqè=É)÷ètƒ ÇÏÑÈ
66.  Dan Jikalau kami menghendaki Pastilah kami hapuskan penglihatan mata mereka; lalu mereka berlomba-lomba (mencari) jalan, Maka betapakah mereka dapat melihat(nya).
67.  Dan Jikalau kami menghendaki Pastilah kami ubah mereka di tempat mereka berada; Maka mereka tidak sanggup berjalan lagi dan tidak (pula) sanggup kembali.
68.  Dan barangsiapa yang kami panjangkan umurnya niscaya kami kembalikan dia kepada kejadian(nya)[1271]. Maka apakah mereka tidak memikirkan?

[1271]  Maksudnya: kembali menjadi lemah dan kurang akal.

AYAT 66
öqs9ur âä!$t±nS $oYó¡yJsÜs9 #n?tã öNÍkÈ]ãôãr& (#qà)t7tFó$$sù xÞºtÅ_Á9$# 4¯Tr'sù šcrçŽÅÇö7ムÇÏÏÈ
66.  Dan Jikalau kami menghendaki Pastilah kami hapuskan penglihatan mata mereka; lalu mereka berlomba-lomba (mencari) jalan, Maka betapakah mereka dapat melihat(nya).
HURAIAN
Allah SWT mengajak kita berfikir sejenak bagaimana hebatnya kekuasaan allah, lihatlah apa yang terjadi bilamana Allah menghendaki berlaku kerosakan dalam kehidupan mereka. Kita boleh melihat banyak berlaku di sana sini manusia yang hanyalah disebabkan satu perkara kecil ,satu atau dua urat yang kecil rosak, sudah cukup untuk  menghilangkan pemandangan mata yang melihat. Demikianlah juga pendengaran. Bahkan seringkali juga kita dapati seorang yang menjadi gila atau tidak siuman kerana rosaknya satu urat sahaja di kepalanya. Meskipun seluruh doktor pakar bersatu untuk menyembuhkannya, tetap juga tidak berhasil.


AYAT 67
öqs9ur âä!$t±tR óOßg»oY÷|¡yJs9 4n?tã óOÎgÏFtR%x6tB $yJsù (#qãè»sÜtGó$# $|ÅÒãB Ÿwur šcqãèÅ_ötƒ ÇÏÐÈ
67.  Dan Jikalau kami menghendaki Pastilah kami ubah mereka di tempat mereka berada; Maka mereka tidak sanggup berjalan lagi dan tidak (pula) sanggup kembali.

HURAIAN
Demikianlah seorang yang hebat dapat bergerak ke sana ke mari –bila di serang oleh sakit lumpuh atau kena angin(angin ahmar) dalam sekelipmata sahaja, badan mereka menjadi lembek tidak boleh bergerak
Jadi batu atau kayu



`tBur çnöÏdJyèœR çmó¡Åe6uZçR Îû È,ù=sƒø:$# ( Ÿxsùr& tbqè=É)÷ètƒ ÇÏÑÈ
68.  Dan barangsiapa yang kami panjangkan umurnya niscaya kami kembalikan dia kepada kejadian(nya)[1271]. Maka apakah mereka tidak memikirkan?

[1271]  Maksudnya: kembali menjadi lemah dan kurang akal.

HURAIAN
Lihatlah dalam kehidupan ini lumrah berlaku setelah seseorang itu berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam hidupnya, berjaya memdidik anak-anaknya menjadi pegawai-pegawai besar bahkan sesetengahnya menyandang  gelaran-gelaran yang hebat dalam masyarakat,maka disebabkan oleh usia yang semakin lanjut dan tidak mati-mati lagi, kelakuan mereka bertukar seperti sifat kanak-kanak, sifat pelupa sehingga perlu di ingatkan berkali-kali setiap hari menjadi safat mereka umpamanya dalam perkara-perkara yang menjadi asas-asas kehidupan pun masih perlu di ingatkan setiap ---- seperti menyimpan barang-barang, pakaian di tempat asal setelah menggunakannya adalah sifat yang selayaknya hanyalah ada pada kanak-kanak telah datang bertamu semula dalam dirinya----perlu di ingatkan berkali-kali setiap hari.
Ia lupa nama-nama anak-anaknya yang di didiknya berpuluh-puluh tahun sehingga dengan didikannya anak itu berjaya menjadi professor atau professor madya, , ,  benar-benar Berjaya---
Mereka mendakwa melihat itu dan ini yang tidak dilihat oleh anak cucunya—lantaran ini anak cucunya menyifatkannya sebagai nyanyuk ----ini semuanya menerangkan tentang kehiduupan adalah roda yang berpusing-
AYAT 69-70

$tBur çm»oYôJ¯=tæ t÷èÏe±9$# $tBur ÓÈöt7.^tƒ ÿ¼ã&s! 4 ÷bÎ) uqèd žwÎ) ֍ø.ÏŒ ×b#uäöè%ur ×ûüÎ7B ÇÏÒÈ uÉZãŠÏj9 `tB tb%x. $wŠym ¨,Ïtsur ãAöqs)ø9$# n?tã šúï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇÐÉÈ
69.  Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang memberi penerangan.
70.  Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya Pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.


AYAT 69
$tBur çm»oYôJ¯=tæ t÷èÏe±9$# $tBur ÓÈöt7.^tƒ ÿ¼ã&s! 4 ÷bÎ) uqèd žwÎ) ֍ø.ÏŒ ×b#uäöè%ur ×ûüÎ7B ÇÏÒÈ
69.  Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang memberi penerangan.

HURAIAN

Syair ialah ungkapan penyair menerangkan tentang sesuatu atau menyeru kepada sesuatu perkara secara berirama dengan irama-irama tertentu. Menafikan kaitan syair kepada Rasulullah SAW dalam ayat ini adalah sambungan penerangan tentang Al Quran yang telah dinyatakan di awal surah ini.
Hakikatnya dalam masyarakat Mekah, pemimpin mereka memang sedia maklum bahawa al quran itu bukanlah syair dan Rasulullah SAW bukanlah penyair, tetapi mereka telah melakukan perang saraf keatas Nabi dengan cara menyebarkan diayah  dalam  masyarakat bahawa apa yang di bawakan oleh Mohammad adalah syair. Maka melalui ayat ini, Allah SWT telah menolak diayah itu  

uÉZãŠÏj9 `tB tb%x. $wŠym ¨,Ïtsur ãAöqs)ø9$# n?tã šúï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇÐÉÈ
70.  Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya Pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.
HURAIAN

Ayat ini masih menghuraikan tentang hakikat Al Quran yang di bincangkan pada permulaan surah. Peranan Al quran adalah  memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya Pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir, bukanlah sebagai bahan hiburan dan bual kosong seperti syair-syair yang mereka tuduhkan itu. Ringkasnya al quran bukanlah bahan hiburan yang mereka boleh bersifat acuh-tak acuh tetapi sebaliknya ia adalah suatu yang perlu di perlajari dan dihadhami sedalam-dalamnya kepada ia memandu manusia ke arah kejayaan yang kekal abadi.



AYAT 71-73
óOs9urr& #÷rttƒ $¯Rr& $uZø)n=yz Nßgs9 $£JÏiB ôMn=ÏJtã !$uZƒÏ÷ƒr& $VJ»yè÷Rr& ôMßgsù $ygs9 tbqä3Î=»tB ÇÐÊÈ $yg»oYù=©sŒur öNçlm; $pk÷]ÏJsù öNækâ5qä.u $pk÷]ÏBur tbqè=ä.ù'tƒ ÇÐËÈ öNçlm;ur $pkŽÏù ßìÏÿ»oYtB Ü>Í$t±tBur ( Ÿxsùr& šcrãä3ô±o ÇÐÌÈ
71.  Dan apakah mereka tidak melihat bahwa Sesungguhnya kami Telah menciptakan binatang ternak untuk mereka yaitu sebahagian dari apa yang Telah kami ciptakan dengan kekuasaan kami sendiri, lalu mereka menguasainya?
72.  Dan kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka; Maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.
73.  Dan mereka memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?


No comments:

Post a Comment