Sunday, August 4, 2013

YASSIN (bhgn 3) ayat 33=44


oleh us hanafi el fesfanji



AYAT 33-36
×ptƒ#uäur ãNçl°; ÞÚöF{$# èptGøyJø9$# $yg»uZ÷uômr& $oYô_{÷zr&ur $pk÷]ÏB ${7ym çm÷YÏJsù tbqè=à2ù'tƒ ÇÌÌÈ $oYù=yèy_ur $ygŠÏù ;M»¨Zy_ `ÏiB 9@ŠÏƒ¯U 5=»oYôãr&ur $tRö¤fsùur $pkŽÏù z`ÏB Èbqããèø9$# ÇÌÍÈ (#qè=à2ù'uÏ9 `ÏB ¾Ín̍yJrO $tBur çm÷Gn=ÏJtã öNÍgƒÏ÷ƒr& ( Ÿxsùr& tbrãà6ô±o ÇÌÎÈ z`»ysö6ß Ï%©!$# t,n=y{ ylºurøF{$# $yg¯=à2 $£JÏB àMÎ7/Yè? ÞÚöF{$# ô`ÏBur óOÎgÅ¡àÿRr& $£JÏBur Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇÌÏÈ

33.  Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati. kami hidupkan bumi itu dan kami keluarkan dari padanya biji-bijian, Maka daripadanya mereka makan.
34.  Dan kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air,
35.  Supaya mereka dapat makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?
36.  Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.



LATAR BELAKANG
Bahagian ini adalah contoh kedua dibawakan oleh Allah dalam surah ini untuk menerangkan tentang kekuasaan Allah. Contoh bumi yang mati di hidupkan adalah bandingan yang sangat serupa dan paling jelas tentang kekuasaan Allah menghidupkan manusia yang mati  kerana manusia juga di ciptakan dari tanah. Sifat tanah atau bumi ada pada manusia kerana itulah dia unsure asal kejadian dirinya.

AYAT 33

×ptƒ#uäur ãNçl°; ÞÚöF{$# èptGøyJø9$# $yg»uZ÷uômr& $oYô_{÷zr&ur $pk÷]ÏB ${7ym çm÷YÏJsù tbqè=à2ù'tƒ ÇÌÌÈ
33.  Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati. kami hidupkan bumi itu dan kami keluarkan dari padanya biji-bijian, Maka daripadanya mereka makan.
HURAIAN

Contoh kedua tentang pasti berlakunya kebangkitan semula sesudah mati adalah bumi yang mati. Sebenarnya tiada bumi yang mati  dengan sebenar-benar mati. Perkataan mati itu digunakan adalah kerana ia pada pandangan mata kasar tidak bergerak dan tidak menumbuhkan tanam-tanaman. Maka itu adalah sangkaan zahir semata-mata. Hakikatnya, pada waktu yang tidak bergerak dan kering itu, ia di penuhi dengan pelbagai kekayaan hasil bumi seperti galian-galian dan juga benih-benih yang sedia tumbuh dengan segera setelah mana ia memenuhi segala syarat-syaratnya. Inilah sebabnya bumi yang di sangkakan mati itu menumbuhkan tanam-tanaman setelah memperolehi hujan.
Kita bawakan saja contoh cendawan sebagai contoh perbincangan. Selepas turunnya hujan dan berlakunya guruh dan kilat hal ini telah mencaskan benih-benih cendawan yang telah sedia bersembunyi di dalam tanah itu menjadi hidup ,maka, kita dapati banyak cendawan yang tumbuh sesudah hujan. Kesediaan bumi  yang kering kontang  menyimpan benih-benih yang bersiap sedia untuk bertukar secara serta merta menjadi tumbuh tumbuh-tumbuhan bererti ia pada hakikatnya tidaklah mati.  

Kekuatan Allah terpancar bagi patani yang mengusahakan kebun ladangnya bermula dari menyemai benih sehinggalah mengutip buah-buahnya yang mana pada waktu itu dia dapat menyaksikan daun - daun yang melambai-lambai, dahannya yang mencabang kan kasih sayang , bunganya yang memberikan harapan dan hasilnya yang memberikan kepuasan kepadanya.
Segala bahagian pokok itu bercakap tanpa suara kepada manusia yang mnghampirinya.  Dengan sedikit usaha manusia dan sebenarnya dengan kasih sayang dan rahmat Allah, tumbuh-tumbuhan tadi tumbuh di suatu tempat yang di katakan mati, tumbuhnya ia menandakan hakikatnya tiada mati. Demikianlah manusia yang mati itu mampu dibangkitkan oleh Allah. Mati itu hanyalah satu perpindahan alam dan bukannya suatu yang mengakhiri kehidupan.

AYAT 34

$oYù=yèy_ur $ygŠÏù ;M»¨Zy_ `ÏiB 9@ŠÏƒ¯U 5=»oYôãr&ur $tRö¤fsùur $pkŽÏù z`ÏB Èbqããèø9$# ÇÌÍÈ
34.  Dan kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air,

HURAIAN
Pucuk tumbuh-tumbuhan yang sentiasa mendongak-dongak ke atas kerana mencari-cari lebih banyak cahaya matahari  seolah-olah  anak kecil yang dahagakan kasih sayang mendongak-dongakkan kepalanya untuk menangih lebih banyak  susu dari lapuk susu ibunya yang tinggi itu, rengekan pokok ini tentulah  menyenangkan hati dan merehatkan akal petani yang kepenatan mengusahakan kebun tersebut. Pucuk tumbuh-tumbuhan itu berayun-rayun di tiup angin,  petani akan tersenyum bersendirian melihat telatah pokok-pokok yang tak ubah seperti perangai anak-anaknya yang sentiasa berebut-rebut segala-gala darinya. Di temani oleh telaga yang tiada kedengaran suara bicaranya untuk terus memberikan pengharapan kepada petani tersebut.  Tanah yang mati tadi telah hilang sifat matinya bertukar menghulurkan  segala kemurahannya dan kasih sayangnya kepada petani tersebut


Di waktu siang , pokok-pokok itu memakan cahaya matahari, di waktu malam pula , ia berak untuk membuang sisa makanannya untuk menjadi manfaat kepada manusia pula.
 .

Demikianlah manusia,  mati dan hidup itu berbeza hanyalah kerana pergerakan ruh . Hidup adalah ruh berada di dalam badan manakala mati itu adalah ruh keluar dari badan. Di bangkitkan semula ertinya hidup di masukkan semula ruh ke dalam badan. Di peringkat mana manusia berada samada semasa hidup atau mati, ia tetap merasai kerana perasaan itu tetap wujud. Sewaktu ruh berada di dalam jasad, perasaan jasad lebih menguasai diri tetapi bilamana ruh sudah keluar dari jasad, perasaan ruhlah yang lebih kuat sehingga perasaan jasad tidak berfungsi apa-apa lagi.  Samada ia merasa bahagia atau sengsara, ia terserahkan kepada amalan dan usaha yang telah di lakukan olehnya sendiri.



AYAT 35

(#qè=à2ù'uÏ9 `ÏB ¾Ín̍yJrO $tBur çm÷Gn=ÏJtã öNÍgƒÏ÷ƒr& ( Ÿxsùr& tbrãà6ô±o ÇÌÎÈ
35.  Supaya mereka dapat makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?

HURAIAN

Kekuasaan dan rahmat Allahlah yang memberikan kekuatan untuk mereka bekerja , menghadapi cabaran panas terik dan hujan serta serangga-serangga yang merosakkan tanaman supaya sesudah itu mereka dapat hasilnya berlipat kali ganda. Mereka makan hasilnya, dan memperniagakan kepada orang yang ingin menikmatinya bahkan termasuklah juga berbagai-bagai produk kesihatan dan kecantikan yang mereka hasilkan dari tumbuh-tumbuhan tadi, yang melaluinya, manusia itu menjadi kaya dan senang memenuhi keperluan hidup mereka. Menyesi kekosongan yang sentiasa menjanjikan kekecewaan dan putus asa kepada kesibukan yang mendambakan harapan kepada memperolehi keuntungan yang lebih lumayan.


Allah memerintahkan hamba-hambanya yang memperolehi nikmat ini supaya menghargainya dengan mensyukuri . caranya tentulah dengan cara menggunakan kurniaan tersebut dengan cara yang betul sebagaimana ia adalah amanah. Lihatlah bahawa yang di katakan mati itu hanyalah perubahan semata-mata, iaitu perpindahan dari alam yang nyata kepada alam ghaib, bukanlah berakhirnya segala-galanya di situ.


AYAT 36

z`»ysö6ß Ï%©!$# t,n=y{ ylºurøF{$# $yg¯=à2 $£JÏB àMÎ7/Yè? ÞÚöF{$# ô`ÏBur óOÎgÅ¡àÿRr& $£JÏBur Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇÌÏÈ
36.  Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

HURAIAN
Di dalam ayat ini kita dapat mempelajari gaya pendidikan Al Quran yang membimbingkan rasa Tawhid kedalam diri orang-orang yang beriman dimana setelah Allah SWT menyebutkan tanda-tanda kebesarannya di bumi, yang membuktikan keesaannya dan keupayaannya untuk membangkitkan semula manusia untuk di bicarakan, Allah mengemukakan pula di hujung ayat-ayat tersebut kata-kata pujian tasbih kepada Zatnya. Tasbih (pujian kepada pencipta ) di letakkan di tempatnya ( dipanjatkan kepada zatNya)  menyerapkan rasa agungnya pencipta keindahan yang berseri ini, ke dalam jiwa orang yang menghayatinya.

 Ayat ini memberitahu orang yang berakal tentang Zat Pencipta itu telah menyelaraskan kesemua ciptaannya supaya berjalan di atas satu sistem iaitu berpasang-pasangan . kebanyakan konsep berpasanga-pasangan ini berfungsi secara berlawanan sebagai pelengkap antara satu sama lain. Konsep berpasang-pasangan ini dapat kita simpulkan dalam ayat yang di nyatakan oleh Allah dalam surah al Fajr:
Æìøÿ¤±9$#ur ̍ø?uqø9$#ur ÇÌÈ  
3.  Dan yang genap dan yang ganjil,


 Ungkapan kata yang genap dan ganjil yang membawa maksud berpasang-pasangan dapatlah kita lihat dalam beberapa contoh mudah yang merupakan penemuan dari kajian orang-orang yang berilmu yang lebih awal dari kita.  Kajian-kajian ini kita namakan pada hari ini sebagai petua orang-orang tua.

Contohnya bahan-bahan yang racun ada pada pokok dapat di tawarkan oleh bahagian-bahagian tertentu pokok. Umpamanya daun bebaru yang beracun ,getah ipoh , dapat di tawarkan oleh bahagian akarnya yang tertanam di dalam tanah. Ertinya ada banyak pokok yang sifatnya x apabila terkena matahari, maka sifat y –nya pula ada pada bahagian pokok tersebut juga tetapi pada bahagian  yang tertanam dalam tanah. Contoh lain ialah duri kelapa sawit yang bisa itu dapat di tawarkan melalui minyak yang terdapat pada sabut luar yang berkumpul pada bijinya. Ertinya satu bahagian itu mempunyai racun, satu bahagian yang bersebelahan dengan racun itu  pula menjadi penawar. Itulah dia yang dikatakan berpasang-pasangan.Mereka lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Demikianlah juga contohnya lagi  pokok-pokok itu memakan cahaya matahari di waktu siang, di waktu malam pula , ia membuang sisa makanannya untuk menjadi manfaat kepada manusia pula. Pada waktu malam begitu, lazimnya manusia tidur, ia mengisi----dan mengeluarkannya pada waktu siang pula, pada waktu tumbuh-tumbuhan itu makan.

Demikianlah lagi boleh kita perhatikan bahawa setiap helai daun pokok mempunyai dua muka iaitu satu mengadap ke langit( ke atas)  manakala satu lagi mengadap ke bumi ( ke bawah) .  Tenaga yang berlainan yang di keluarkan oleh kedua-dua bahagian helaian daun itu  menjadi pelengkap antara satu sama lain. Itulah yang di namakan pasang-pasangan.


Demikianlah pula dengan kejadian manusia. Bermula dari kejadian manusia itu berpasang-pasangan Adam dan Hawa, ada lelaki dan perempuan. Maka manusia itu pula berkahwin membentuk sepasang suami isteri yang akan melahirkan pula anak-anak yang ramai. Anak-anak ini pula akan berkahwin dan begitulah seterusnya sehingga kehidupan manusia ini berkembang.

Lebih jauh dari itu, sekiranya kita melihat ke dalam diri manusia sendiri ada deria dan anggota yang berpasang-pasangan. Contohnya ada telinga kanan dan telinga kiri,tangan kanan dan tangan kiri, kaki kanan dan kaki kiri, lubang hidung kanan dan lubang hidung kiri, rusuk kanan dan rusuk kiri, lutut kanan dan lutut kiri, peha kanan dan peha kiri dan sebagainya lagi.  Itulah contoh berpasang-pasangan. Allah jadikan itu semua berpasang-pasangan untuk manusia mengimbangi tenaga dalam dirinya yang berhubungi dengan tenaga luar dari dirinya  yang berada di sekelilingnya. Tenaga dalam dan tenaga luar pula adalah sepasang tenaga yang berhubungan dan berterusan mempengaruhi dirinya.

Bahkan badan manusia di ciptakan Allah di bahagikan kepada dua bahagian(sepasang)  yang di sempadani oleh pusat yang terletak pada tengah-tengah perutnya . Satu di namakan bahagian atas manakala yang satu lagi pula di namakan sebagai bahagian bawah. Sakit bahagian atas penawarnya ada pada bahagian bawah. Umpamanya sakit kepala boleh di picit-picitkan bahagian jari-jari kaki.

Lebih menarik lagi terdapat sesetengah penyakit dan ubat juga ada kaitannya dengan pasang-pasangan ini. Contohnya  seorang isteri yang mengalami alahan kuat semasa mengandung di sarankan oleh petua orang-orang yang berpengalaman agar mandi bersama suaminya sebagai rawatan kepada masaalah mengandung itu.


   Ayat ini menjaminkankan bahawa akan terbukti melalui kajian yang berterusan dari satu zaman ke satu zaman oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang tentang segala sistem berfungsi dengan cara berpasang-pasangan.

Demikianlah Allah mencipta segala-galanya dengan satu system yang di panggilkan sebagai sistem berpasang-pasangan.- yang genap dan yang ganjil:




























AYAT 37-40

×ptƒ#uäur ãNßg©9 ã@ø©9$# ãn=ó¡nS çm÷ZÏB u$pk¨]9$# #sŒÎ*sù Nèd tbqßJÎ=ôàB ÇÌÐÈ ß§ôJ¤±9$#ur ̍øgrB 9hs)tGó¡ßJÏ9 $yg©9 4 y7Ï9ºsŒ ãƒÏø)s? ̓Íyèø9$# ÉOŠÎ=yèø9$# ÇÌÑÈ tyJs)ø9$#ur çm»tRö£s% tAÎ$oYtB 4Ó®Lym yŠ$tã Èbqã_óãèø9$%x. ÉOƒÏs)ø9$# ÇÌÒÈ Ÿw ß§ôJ¤±9$# ÓÈöt7.^tƒ !$olm; br& x8Íôè? tyJs)ø9$# Ÿwur ã@ø©9$# ß,Î/$y Í$pk¨]9$# 4 @@ä.ur Îû ;7n=sù šcqßst7ó¡o ÇÍÉÈ
37.  Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari malam itu, Maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.
38.  Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
39.  Dan Telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (Setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.
40.  Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya.


AYAT 37
×ptƒ#uäur ãNßg©9 ã@ø©9$# ãn=ó¡nS çm÷ZÏB u$pk¨]9$# #sŒÎ*sù Nèd tbqßJÎ=ôàB ÇÌÐÈ
37.  Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari malam itu, Maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

HURAIAN

Tanda ketiga kekuasaan Allah mampu menghidupkan semula manusia yang mati di kemukakan oleh surah ini tentang kekuasaan Allah ialah tentang cakrawala.

Dalam dunia ini ada dua iaitu cahaya dan kegelapan. Contohnya   Sewaktu malaysia malam, england adalah siang manakala sewaktu Malaysia siang pula, england telah bertukar menjadi malam. Malam dan siang itu datang dan pergi silih berganti.

Perginya cahaya siang  yang amat nipis  dan datangnya kegelapan malam yang lebih tebal dan demikianlah datang dan perginya cahaya dan kegelapan silih berganti  adalah fenomena yang di lihat sepanjang masa oleh manusia  di bumi–allah telah memngungkapkan bagaimana siang hanyalah sekadar  satu pakaian yang membaluti  malam , bilamana siang itu mahu menjadi malam, ia menanggalkan bajunya maka nampaklah hakikat badannya yang sebenarnya iaitu malam yang gelap
Ertinya hakikat dunia ini adalah kegelapan. Dalam kegelapan yang yang mengandungi ketenangan dunia ini berzikr mengagungkan Allah .Kegelapan ini sebahagiannya bertukar menjadi cerah bilamana ia terkena pancaran matahari seolah-olah ia sedang berpakaian.   

System yang terdapat pada ala mini tak ubah seperti kejadian manusia itu sendiri. Dunia bermula dari kegelapan. Manusia yang di lahirkan juga bermula dengan kegelapan. Sewaktu ia bayi, ia berada dalam keadaan jahil. Setelah ia membesar dan mempelajari ilmu, ia bergerak kea rah cahaya kehidupan. 

Cahaya matahari adalah pakaian yang menutupi kegelapan dunia itu. Ia terbahagi kepada tujuh warna dan menjadi berbeza di sebabkan oleh perbezaan jumlah gelombang yang diterima dalam perjalanannya dari matahari ke bumi. Bilamana cahaya itu adalah pakaian yang  di cabutkan, dunia akan kembali kepada kegelapan. Bilamana manusia mempelajari ilmu n mencari hidayah dalam hidupnya, ia akan ------
 
Demikianlah lagi kehidupan manusia  adalah berada di antara dua perlawanan iaitu  antara yang benar dan yang salah, antara petunjuk dan kesesatan , bilamana seseorang itu menanggalkan cahaya petunjuk dalam kehidupannya, ia akan di selubungi oleh  kegelapan. Ia pasti akan  berada dalam kesesatan yang luas.
RUJUK BUKU BURHAN 420-425-
Sebenarnya malam dan siang itu adalah masa. Ia bukanlah suatu jasad yang berupa. Maka ia tidak mengambil tempat yang tetap untuk menjelma di atas muka bumi melainkan  ia melalui dan pergi. 

AYAT 38
ß§ôJ¤±9$#ur ̍øgrB 9hs)tGó¡ßJÏ9 $yg©9 4 y7Ï9ºsŒ ãƒÏø)s? ̓Íyèø9$# ÉOŠÎ=yèø9$# ÇÌÑÈ
38.  Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

HURAIAN
Itulah sebabnya matahari menjadi alat mengukur waktu. Bermula dari mengukur waktu dalam sehari sehinggalah kepada mengira musim dalam setahun dan begitulah seterusnya.

Dengan sebab matahari berjalan di atas landasan-landasan yang telah di tetapkan, maka manusia zaman purba telah lama menggunakan jam matahari sebelum manusia mutakhir ini menggunakan jam – jam matahari di anggap sebagai jam pertama di kenali atau di perkenalkan kepada manusia dalam mengukur dan menyusun kehidupan terutamanya dalam lapangan pertanian yang merupakan lapangan pertama berkembang dalam sejarah kehidupan manusia.


Bilamana setiap orang yang beriman memahami –melalui ayat ini- betapa mahatari yang besar dan hebat terpaksa juga tunduk kepada peraturan yang di tetapkan kepadanya, ia tidak boleh bergerak sesuka hatinya, maka apatah lagi makhluk yang kerdil seperti manusia, pasti akan binasa akibat bertelagah antara satu sama lain bilamana mereka membuat peraturan sendiri. Setiap sesuatu itu telah di tetapkan peraturan yang menjadi syariat yang perlu di patuhi olehnya. Matahari dengan kelajuannya yang tinggi, ada pula makhluk yang kecil dengan kemampuan dan kapasiti yang kecil , semestinyalah juga perlu tunduk kepada peraturan yang telah di tetapkan keatas masing-masing. Lihatlah bulan dalam firman Allah yang seterusnya: 
AYAT 39

tyJs)ø9$#ur çm»tRö£s% tAÎ$oYtB 4Ó®Lym yŠ$tã Èbqã_óãèø9$%x. ÉOƒÏs)ø9$# ÇÌÒÈ
39.  Dan Telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (Setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua[1267].


HURAIAN
Ayat ini masih terus membincangkan tentang setiap sesuatu itu telah di tetapkan peraturan yang menjadi syariat yang perlu di patuhi olehnya. Supaya manusia juga patuh kepada syariat yang telah di tetapkan kepadanya. Lihatlah peranannya yang menjadi hikmat yang besar kepada kehidupan ini.
Buku burhan 511
bulan-bulan ini muncul di awal bulan kecil berbentuk sabit, wajahnya ceria seolah kanak-kanak yang tersenyum, Kemudian sesudah menempati manzilah-manzilah, dia menjadi purnama, Kemudian pada manzilah terakhir, ia pergi dalam keadaan  sabit juga. Ia pergi dengan wajah (muram) tua yang berat memikirkan pelbagai hal .lantaran itulah ia  kelihatan seperti tandan kering yang melengkung.
Saiz dan ukuran bulan yang berbeza-beza dari satu malam kepada satu malam yang lain di lihat dari planet bumi  ini adalah untuk menerangkan tentang tenaga yang berbeza yang terhasil olehnya untuk makhluk-makhluk seluruhnya. Hal ini sudahpun lama di fahami oleh orang Arab Jahiliyyah kerana mereka telah mempunyai beberapa pengetahuan untuk mengumpulkan dan memanfaatkan tenaga-tenaga bulan yang berbeza-beza berdasarkan saiz dan ukuran serta kedudukannya yang kesemuanya itu di tentukan oleh haribulan-haribulan tertentu.

Umpamanya sewaktu bulan mengambang penuh yang jelas sekali menerangkan tentang tenaganya yang banyak sedang terkympul pada waktu itu untuk di manfaatkan oleh manusia purba seperti di zaman Firaun dan sebelumnya. Pengetahuan ini telah di kongsi pula oleh , orang-orang di zaman jahiliyyah yang telah mempelbagaikan pengetahuan tentang menyedut tenaga bulan untuk menambahkan seri wajah. Demikianlah juga mereka di tempat-tempat yang lain membangunkan tamadun melalui menggunakan air di muara sungai yang berada dalam keadaan pasang setiap kali menjelang bulan mengambang.

Sebenarnya Al quran melalui ayat ini telah memandu jiwa manusia agar memperdalami lagi pemerhatian dan kajian tentang bulan. Seseorang yang saban malam meluang masa beberapa minit memandang kearah bulan akan memperolehi  jiwa yang segar. Jiwa ini akan senantiasa memberikan respon secara bebas seperti kuasa magnet yang menarik dan menolak besi yang berdekatan dengannya agar selari dengan ketetapan prinsip yang menjadi sifat dalam diri dan kehidupannya. Oleh kerana itulah kita seringkali menemui berbagai petua yang berkait dengan memanfaatkan magnetik dan tenaga bulan untuk mengungkaikan kekusutan fikiran, perasaan bahkan kesihatan  lahiriyyah manusia yang terjadi dari tanah itu sendiri dapat do lonjak-lonjakkan kepada sifat fitrah semulajadi manusia itu sendiri. Lantaran itulah kita dapati banyak juga rawatan yang menggunakan tenaga bulan dapat membaiki kehidupan manusia.itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT.
Umpamanya sewaktu bulan naik, banyak binatang yang membuat sarang pada waktu tersebut---sewaktu bulan turun pula,,,,,
Sebagaimana yang telah di jelaskan bahawa sistem yang terdapat pada alam  ini adalah menghuraikan tentang hakikat kejadian manusia itu sendiri. Hari bermula dengan malam. Demikianlah juga manusia yang di lahirkan juga bermula dengan kejahilan. Dalam kegelapan malam ada cahaya bulan. Demikianlah juga dalam kejahilan bayi ada satu cahaya di dalam kegelapannya  yang di namakan fitrah. Fitrah adalah cahaya ----untuk menerima ilmu.

 Setelah ia membesar dan mempelajari ilmu, ia bergerak kea rah cahaya kehidupan. 

AYAT 40

Ÿw ß§ôJ¤±9$# ÓÈöt7.^tƒ !$olm; br& x8Íôè? tyJs)ø9$# Ÿwur ã@ø©9$# ß,Î/$y Í$pk¨]9$# 4 @@ä.ur Îû ;7n=sù šcqßst7ó¡o ÇÍÉÈ


40.  Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing (terapung-apung) beredar pada garis edarnya.

HURAIAN

Pada zaman dahulu, manusia berkata bahawa: matahari mendapatkan bulan dan malampun dapat mendahului siang.
Lantas Allah menurunkan ayat memperbetulkan pegangan yang salah .
Melalui ayat ini, Allah SWT mengajak kita dengan cara yang lebih detail dan jelas lagi supaya memahami bahawa Segala-galanya bergerak adalah di atas landasannya, tidak boleh lari sedikitpun daripada garis yang telah di tetapkan.
Malam yang muncul pada waktu bulan mempamerkan peranannya dan siang yang mana matahari mempamerkan kperanannya , setiap masing-masing mempunyai sempadan yang tidak boleh ia melampauinya.
Sekiranya mereka lari sedikit dari landasannya atau melampaui dari kawasannya, akan berlakulah perlanggaran. . ini kerana dalam jarak perjalanan yang jauh, terpesong sedikit akan menyebabkan akhirnya jadi terpesong jauh. Kita bandingkan seorang pemandu kereta dan pilot kapal terbang yang memalingkan sedikit saja dari haluannya tentulah akan binasa jawabnya.

Bilamana kita mengetahui bahawa setiap bulan, matahari, bumi dan segala  bintang  di cakrawala , pergerakannya diatas landasannya inilah yang di namakan syariat baginya. Semuanya itu tunduk dan taat bergerak dan berjalan diatas ketetapan yang telah di tentukan. Demikianlah manusia juga perlu berjalan di atas landasan yang telah di tetapkan yang dinamakan syariat untuk manusia juga yang dinyatakan oleh Al Quran.  Manusia yang melanggar syariat samalah seperti matahari atau bulan yang keluar dari landasannya. Binasalah jawabnya.ini kerana Allah SWT menciptakan segala-galanya dengan menggunakan neraca keadilan.

Yang di maksudkan dengan yasbahun( يسبحون   ) pula  asalnya berasal dari perkataan berenang  iaitu setiap sesuatu di alam cakrawala  bergerak terapung-apung di atas landasan peredarannya seperti kapal yang berlayardi tengah lautan. Ia  kelihatan terapung-apung di dalam laut yang luas terbentang . Hakikatnya demikianlah juga manusia, fikirannya, perasaannya, hatinya bahkan aqidah pegangan kehidupannya itu bergerak terapung-apung dalam diri manusia samalah juga dengan alam cakrawala, samalah juga dengan kapal yang berlayar di laut,  bilamana seseorang manusia menggunakan akal fikirannya betul untuk mencari petunjuk maka kapal fikiran manusia itu bergerak kesuatu arah tuju yang pasti, demikianlah sebaliknya seorang yang kusut fikirannya, kapal fikirannya itu hanyalah bergerak ke sana kemari berlegar-legar ke tempat yang sama tanpa bergerak ke arah yang sepatutnya ia tuju.

Terapung-apung dalam perenangannya adalah menerangkan tentang masa yang di ambil untuk satu pergerakannya . Zaman dan pergerakan sesuatu perkara mempunyai ukuran yang tersendiri , tidak terikat kepada ukuran  perkara yang lain. Kita hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang ukuran kita sendiri dan kita tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang ukuran lain.

Bandingkan saja ukuran kita sendiri, kaki berbeza dengan meter. Demikianlah juga satu  hari dengan sebulan adalah berbeza .

AYAT 41-44
×ptƒ#uäur öNçl°; $¯Rr& $uZù=uHxq öNåktJ­ƒÍhèŒ Îû Å7ù=àÿø9$# Èbqßsô±yJø9$# ÇÍÊÈ $uZø)n=yzur Mçlm; `ÏiB ¾Ï&Î#÷VÏiB $tB tbqç6x.ötƒ ÇÍËÈ bÎ)ur ù't±®S öNßgø%̍øóçR Ÿxsù sÌŽ|À öNçlm; Ÿwur öNèd tbräs)ZムÇÍÌÈ žwÎ) ZptHôqy $¨ZÏiB $·è»tFtBur 4n<Î) &ûüÏm ÇÍÍÈ  
41.  Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
42.  Dan kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu[1268].
43.  Dan jika kami menghendaki niscaya kami tenggelamkan mereka, Maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
44.  Tetapi (Kami selamatkan mereka) Karena rahmat yang besar dari kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

[1268]  maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.


AYAT 41

×ptƒ#uäur öNçl°; $¯Rr& $uZù=uHxq öNåktJ­ƒÍhèŒ Îû Å7ù=àÿø9$# Èbqßsô±yJø9$# ÇÍÊÈ
41.  Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

HURAIAN


Dalam susunan contoh-contoh ini, kita dapat melihat bagaimana cantiknya pendekatan yang di bawa oleh Al Quran dalam menghuraikan kepada manusia tentang kekuasaan Allah. Pendekatan yang berbentuk pendekatan berlawanan, satu pendekatan semulajadi yang sangat indah  dan menarik pertahian akal fikiran untuk mengetahui  lebih mendalam lagi---. Bermula dari menghuraikan sistem di bumi yang penuh dengan berbagai-bagai tenaga yang menjadi tempat kediaman manusia, contoh di turuti pula oleh contoh cakrawala yang berada di dalam tinggi yang jauh dari manusia. Kemudian kembali semula kepada contoh bumi tetapi dalam bentuk yang berbeza kerana contoh kedua di bumi ini di turuti pula oleh contoh  di alam yang di air yang penuh dengan tenaga-tenaga yang menggerakkan manusia iaitu tenaga air dan tenaga angin.

PERTAMA bahtera yang mengangkut manusia ialah bahtera nabi Nuh . ia mengangkut manusia ANAK CUCU Adam dan menyelamatkan mereka dari pupus dari mukabumi akibat tenggelam dalam banjir yang menghapuskan golongan-golongan yang menderhakai Allah itu. Maka semenjak itu, jalan air  telah menjadi jalan utama digunakan oleh manusia.

Lihatlah betapa banyak bandar-bandar besar telah di buka di seluruh dunia di tepi laut dan sungai kerana manusia di zaman dahulu telah berhubung antara satu sama lain melalui jalan air.banyak juga perkampungan-perkampungan yang di bina di atas air yang mana beberapa generasi telah hidup di atas perahu, sampan,tongkat dan sebagainya lagi. Mereka lebih selesa untuk bergerak kesana kemari dengan cara begitu.

 Pada hari ini,di zaman yang telah dikatakan post modern, besarnya  peranan pelabuhan-pelabuhan khususnya dalam  bidang export import barang-barang perdagangan yang banyak memberikan kekayaan kepada manusia masih  tidak boleh di perkecilkan kerana ia menawarkan perkhidmatan yang lebih murah berbanding jalan-jalan lain.ini adalah satu dari kerahmatan Allah.


AYAT 42

$uZø)n=yzur Mçlm; `ÏiB ¾Ï&Î#÷VÏiB $tB tbqç6x.ötƒ ÇÍËÈ
42.  Dan kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.

HURAIAN
Selepas beberapa zaman yang panjang, Allah membuktikan kepada manusia ada terdapat manusia yang boleh mencipta berbagai-bagai kenderaan lain yang belum di kenali manusia sebelumnya untuik di naiki oleh manusia . wujudnya pelbagai jenis kereka, lori, van, kapal terbang, helekopter, dan sebagainya lagi dan akhirnya kenderaan-kenderaan sebegini menjadi sangat penting dan mustahak dalam kehidupan setiap manusia membuktikan benarnya apa yang telah dinyatakan Allah.


Semuanya ini memerlukan kepada penggunaan beberapa tenaga sebagaimana kapal tadi memerlukan tenaga angin dan air yang kuat untuk berlayar. beber


AYAT 43

bÎ)ur ù't±®S öNßgø%̍øóçR Ÿxsù sÌŽ|À öNçlm; Ÿwur öNèd tbräs)ZムÇÍÌÈ
43.  Dan jika kami menghendaki niscaya kami tenggelamkan mereka, Maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

Lihatnya betapa banyak kapal besar yang di lengkapi dengan perbagai alat keselamatan dan alat bantu kecemasan tenggelam juga disebabkan oleh sesuatu hal yang tidak di sangka-sangka. Sebaliknya pula ada kapal kecil yang dapat sampai dengan selamat ke destinasi yang terpaksa di tujunya kerana menunaikan  kebajikan dan menunaikan hajat orang ramai. Ini semuanya adalah dengan pertolongan dan rahmat Allah.

AYAT 44
žwÎ) ZptHôqy $¨ZÏiB $·è»tFtBur 4n<Î) &ûüÏm ÇÍÍÈ  
44.  Tetapi (Kami selamatkan mereka) Karena rahmat yang besar dari kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

HURAIAN

Kapal yang berlayar di lautan itu ,meskipun membawa muatan yang sarat banyaknya, hakikatnya adalah tersangat lemah laksana satu bulu yang nberterbangan di udara. Sekiranya ia di tiup kuat maka tanpa pemeliharaan dari Allah, ia akan binasa dalam waktu yang amat singkat. Kerana itulah seseorang yang berada di laut, samada semasa sedang menaiki kapal perdagangan yang besar di penuhi muatan yang banyak atau menaiki perahu kecil memuatkan dua tiga orang sekalipun, akan terdetik di dalam lubuk hatinya yang dalam kesedaran tentang kerdilnya dirinya. Inilah suatu   yang -menyedarkan tentang rahmat Penciptanya yang Maha Berkuasa itu.

Ayat ini telah menjadi suatu galakan kepada peniaga-peniaga Islam di zaman silam untuk menguasai jalan laut. Bermula daripada pengetahuan mereka yang kosong tentang laut, dengan perintah daripada saidina Umar Ibn Khattab, khalifah Islam yang ke2  telah memerintahkan  Muawiyyah,Gabenornya di Syam pada masa itu untuk pertamakali membentuk armada laut dalam Islam. Muawiyyah telah membina kekuatan ini  dan membaiki dari satu peringkat ke satu peringkat dengan cara melancarkan jihad memperluaskan lagi wilayah Islam di sekitar laut Mediterranian. Bermula dari sini banyak langkah-langkah yang telah di kemas kinikan untuk menghasilkan usaha yang kelaknya membuahkan satu kejayaan bahawa laut Mediteranian berada di bawah milik Islam.  Di zaman ini, mereka menjadi orang penting dalam menyampaikan barang-barangan timur kepada orang barat.

 Kira-kira lebih kurang tiga ratus tahun hal demikian berkekalan , akibat perpecahan dan dendam kesumat Kerajaan Fatimiyyah Syiah terhadap Kerajaan Abbasiyyah, laut tersebut di ambil alih pula Tentera Salibiyyah. Pedagang-pedagang Islam mula memikirkan lokasi baru , maka bermulalah sejarah perkembangan dakwah yang pesat di Laut Hindi sehingga sampai ke Nusantara seluruhnya. Semenjak waktu itu, Mazhab ahli Sunnah wal Jamaah juga telah bertapak kukuh di rantau ini.

Inilah contohnya kekuatan yang telah di capai oleh Islam dalam sejarah penguasaan mereka terhadap jalan laut. Kedatangan penjajah telah menamatkan ini semua. Akibat perebutan kuasa dan harta kekayaan di kalangan umat Islam, maka hati telah menjadi subur dengan dengki dan dendam. Maka kesudahannya ,pada hari ini, kita melihat dalam banyak bidang dan aspek, jalan laut telah sekali lagi di kuasai oleh bukan Islam. Di manakah peranan kita dalam mengembalikan hak kita ini? .   


No comments:

Post a Comment